Siakap Keli
Gambar: TikTok @dear.anya

(Video) Bekas Kekasih Suami Mekapkan Wanita Ketika Hari Pernikahan, Hasilnya Jadi Perhatian Ramai

Semua wanita pasti ingin kelihatan menawan di hari pernikahannya. Maklumlah, sekali seumur hidup. Habis semua jurumekap dirisik untuk melihat hasil solekan mereka.

Ada yang menggunakan khidmat rakan atau keluarga sendiri, ada juga yang mengupah jurumekap profesional terkenal bagi mendapatkan hasil yang sempurna.

Kongsi seorang wanita di Indonesia, @dear.anya, dia telah mendapat khidmat solekan daripada bekas teman wanita suaminya ketika hari pernikahan mereka.

“Masa nikah, jurumekapnya bekas kekasih suami,” tulis wanita itu sambil berkongsi hasil solekan tersebut.

Dalam video berkenaan, dia menampilkan gambar sebelum dan selepas mekap sambil bertanya pendapat warga maya terhadap hasil solekan itu.

@dear.anya

hehe gimana ya 😩 #fyp

♬ Salah Benar – 3 Composers & Rizky Billar

Sambil berseloroh, ada warga maya yang meninggalkan komen mengusik kononnya jurumekap berkenaan ‘membalas dendam’ kepada wanita tersebut.

Balas dendam nampaknya

Lebih cantik yang asli

Keseluruhannya bagus kak

Walaubagaimanapun, ada antara netizen yang menganggap jurumekap itu telah melakukan kerja yang baik, cuma hasilnya masih boleh dipertingkatkan.

Sumber: @dear.anya

Amira

Love yourself.