Siakap Keli

(Video) Raya Yang Tertangguh, Rakyat Gaza Keluar Bertakbir Raya & Sujud Syukur Di Jalanan Selepas Gencatan Senjata

Pada pagi Jumaat yang mulia ini, dunia ‘digemparkan’ dengan pengumuman gencatan senjata yang dipersetujui antara pihak Israel dan HAMAS di Gaza, Palestin pada kira-kira jam 2 pagi tadi.

Gencatan senjata yang diumumkan ini bermaksud kedua-dua pihak sudah bersetuju untuk tidak lagi meneruskan operasi masing-masing antara satu sama lain seperti mana insiden balas-membalas serangan yang berlaku sejak 10 Mei lalu.

‘Termeterainya’ gencatan senjata, maka tamatlah bunyi bom, peluru berpandu dan tangisan di ruang angkasa kedua-dua wilayah berkenaan. Maka dengan itu, tepat jam 2 pagi (waktu Gaza), semua penduduk Gaza turun ke jalanan untuk meraikan ‘pengakhiran’ ini.

Gambar: Shehab
Gambar: Shehab

Jika kita di Malaysia, pagi raya 1 Syawal baru-baru ini agak ‘segar’ dengan alunan takbir raya, namun tidak di Gaza kerana konflik masih ‘panas’ ketika itu. Tapi hari ini, ibarat ‘takbir yang tertangguh’, mereka akhirnya turun ke jalanan beramai-ramai sambil bertakbir untuk meraikannya.

Agensi berita rasmi Palestin, Shehab News Agency memuat naik rakaman-rakaman foto dan video yang memaparkan situasi sorakan kesyukuran tersebut. Mari ikuti rakaman-rakaman itu di bawah ini.

Takbir raya ‘tertangguh’ & sujud syukur

Atas pengumuman gencatan senjata itu, ramai penduduk Gaza yang terlibat dalam perarakan itu meraikannya dengan sujud syukur di jalanan. Dalam masa sama, mereka turut melaungkan takbir raya dan mungkin ini kali yang pertama sejak 1 Syawal lalu.

Penduduk Palestin beramai-ramai berarak menuju ke Masjidil Aqsa sambil bertakbir.

 

Kelihatan jalan raya di bandar yang agak sesak dengan kenderaan, semuanya dipercayai berarak sambil meraikan detik manis ini.

Rakaman dari sudut jauh, memaparkan Kubah As-Sakhrah yang berlatarbelakangkan letupan bunga api di ruang angkasa.

 

 

Rakaman dari jauh, bergema sorakan kegembiraan daripada mereka.

Jalan-jalan di sekitar bandar agak sesak dan bingit dengan bunyi hon kenderaan, dipercayai daripada penduduk yang bersorak meraikannya.

Sumber: Shehab News Agency

"