Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bersihkan Guna Peralatan Kotor, Ini Antara 5 ‘Tabiat Buruk’ Yang Perlu Diubah Ketika Bersihkan Rumah

Nurul Nabila
Gambar: The Spruce

Sewaktu membersihkan persekitaran dalam rumah, pastinya akan mengambil masa yang lama untuk selesai. Biasanya kita akan mengambil ‘jalan pintas’ untuk membersihkannya dengan cepat.

Namun begitu, menurut portal The Spruce, membersih dengan cara ‘shortcut‘ ini lebih menyukarkan kita dalam jangka masa panjang.

Jadi, portal ini telah berkongsikan beberapa tabiat buruk yang perlu kita kikis sewaktu membersihkan rumah. Cara mudah untuk memulakannya: pilih 1 atau 2 tabiat buruk ini untuk diubah setiap minggu.

Antara 5 tabiat buruk yang disenaraikan ialah:

1. Membiarkan kertas terkumpul dengan banyak

Walaupun kita membayar bil atau barangan secara dalam talian, kertas masih menjadi benda yang terkumpul banyak di rumah. Contohnya seperti majalah, surat kabar, kertas projek dan lain-lain cenderung dibiarkan berlonggok.

Penyelesaiannya – Cipta satu tempat khas berdekatan dengan pintu masuk rumah untuk semua surat, borang dan lain-lain. Malah, letakkan juga mesin ‘shredder‘ atau tong kitar semula di situ.

2. Membersih dengan menggunakan peralatan yang kotor

Mesin basuh yang terkandung penumpukan bakteria dalam sisa pencuci akan menyebabkan pakaian menjadi busuk. Begitu juga dengan beg vakum atau penapis yang dipenuhi dengan habuk tidak akan berfungsi dengan baik lagi. Malah, mop atau span yang kotor hanya akan mendatangkan lebih banyak bakteria.

Penyelesaiannya –Luangkan masa sedikit untuk membersihkan peralatan dengan teliti setelah digunakan. Kosongkan kotoran sepenuhnya atau cuci di dalam air panas dengan penambahan pembasmi kuman. Secara berkala, gantikan peralatan yang lama kepada yang baru.

3. Meninggalkan pinggan mangkuk yang kotor di singki

Meninggalkan pinggan mangkuk yang kotor di singki mendatangkan pembiakan bakteria yang sempurna dan ‘jackpot‘ kepada serangga yang kelaparan.

Penyelesaiannya – Latih setiap ahli rumah untuk meletakkan pinggan mangkuk yang sudah digunakan di mesin basuh pinggan (dishwasher) atau segera mencucinya.

4. Tidak mengemas katil

Walaupun bahagian lain di dalam bilik tidur sudah teratur, namun katil yang tidak kemas akan menjadikan bilik kelihatan serabut.

Penyelesaiannya – Aktiviti mengemas katil yang dijadikan tabiat pada waktu pagi akan mendorong pada kebersihan bilik (dan mungkin seluruh rumah). Permudahkan tugas dengan memilih cadar katil yang senang diuruskan. Katil yang mempunyai selimut dan bantal yang ringkas adalah lebih mudah dikemaskan daripada bantal yang banyak.

5. Menangguh kerja pembersihan sehingga menjadi banyak

Tabiat ini adalah yang paling sukar dikikis. Sebilangan daripada kita tidak betah menghadap keserabutan dan lebih mudah menghindarinya selama mungkin.

Penyelesaiannya – Pastikan kita dan ahli keluarga melakukan sedikit pembersihan setiap hari. Contohnya seperti mencuci pinggan mangkuk, menyidai pakaian dari mesin basuh dan vakum satu atau dua bilik. Maka, aktiviti pembersihan rumah tidak akan menjadi terlalu banyak.

Ikuti 10 tabiat buruk dalam pembersihan rumah yang selebihnya di SINI.

Sumber: The Spruce