Siakap Keli

(Video) Lelaki Hanya Mampu Meraung, Tengok Kucing Kesayangan Kaku Bertarung Nyawa Akibat Tertelan Racun Tikus

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pergi selama-lamanya dan tidak akan kembali. Itulah yang dirasai oleh pemilik kucing, saudara Kiemmm apabila kucing kesayangannya, Paktam yang telah menghembuskan nafas terakhirnya.

Dikatakan pemergian Paktam bukan disebabkan tercedera akibat kemalangan, akan tetapi si bulus itu pergi kerana didakwa telah termakan racun tikus dan tidak sempat diselamatkan.

Bukan sengaja mahu melewatkan rawatan kecemasan, tapi Kiemmm sebenarnya terkekang dengan masa. Tragedi pilu ini terjadi dalam tempoh singkat. Segalanya berlaku tanpa diduga.

Ikuti kisah pilu Paktam yang telah pergi meninggalkan Kiemmm buat selamanya menerusi video-video yang dikongsikan di laman Twitternya di bawah ini.

Nampak kan? Paktam keras kekejungan bertarung nyawa supaya dapat pertahankan nafasnya daripada terhembus buat kali terakhir. Selain sedang penat berlawan dengan tenat, Paktam juga mengalami sawan setiap lima minit.

Jika lihat video ini, kelihatan Kiemmm terus berlari ke klinik veterinar seusai tiba di sana. Dengan berkaki ayamnya, semuanya sudah tidak dipedulikan lagi. Apa yang paling penting ialah nyawa Paktam mesti diselamatkan.

Setelah berhempas-pulas berusaha, namun Allah lebih menyayangi Paktam. Akhirnya Paktam menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kita merancang, Allah juga merancang. Tapi sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik Perancang.

Semoga saudara Kiemmm dan keluarga tabah atas pemergian Paktam. InsyaAllah Paktam akan tenang dan kembali sihat di syurga sana.

Sumber: Twitter Kiemm

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'