Siakap Keli

“Kalau Ada Duit Lebih…”, Jimat Masa & Isteri Mesti Suka, Abang Ni Kongsi Kelebihan Mesin Pengering Yang Ramai Tak Tahu

Tanyalah mana-mana isteri, kerja rumah apa yang paling penat nak buat? Mesti mereka akan jawab; lipat kain. Betul tak? Inilah antara satu cabaran kerja-kerja rumah yang dihadapi si isteri setiap hari, lebih-lebih lagi yang bergelar suri rumah.

Selain melipat kain, baju-baju yang baru dibasuh di mesin basuh pun kena sidai juga. Nak sidai ni pun tengok waktu dan tempat. Kalau rumah ‘landed’ yang ada laman sendiri, memang senanglah kan. Ni kalau tinggal di pangsapuri, ruang sidai terhad, cuaca pula tak menentu, memang mencabarlah.

Sebenarnya masalah sidai baju ni ada penyelesaiannya. Korang tahu kan mesin pengering? Mesin pengering atau dryer ini berfungsi untuk mengeringkan pakaian yang sudah dibasuh. Menariknya, lepas basuh di mesin, terus keringkan dalam mesin ini. Tak perlu sidai lagi.

Seorang pengguna Facebook, Wan Zek pernah berkongsi kelebihan menggunakan mesin pengering ini. Jom ikuti perkongsiannya di bawah ini. Semoga bermanfaat.

Gambar: Wan Zek

Kalau ada duit lebih, aku suggest korang beli dryer ni hadiahkan untuk isteri korang kat rumah. Ringan sikit kerja dia basuh kain. Terus kering tak payah jemur.

Dryer Electrolux ni terbaik setakat ni yang aku dah pakai. Bil letrik pun tak melambung walau hari-hari basuh kain (maklumlah, anak ramai).

Sebelum beli dulu ramai suggest brand ni sebab jimat letrik. Bil aku bertambah dalam RM20-RM30 je sebulan..

Masa mengering dalam 1 jam lebih, bergantung kepada muatan. Paling penting, musim hujan dah tak payah hantar dobi. ‘Bibik’ ni boleh settlekan semua..

Yang takde bajet lagi, simpan sikit-sikit untuk dryer ni. Berbaloi beli. Isteri den senyum hari2 sejak ada ‘bibik’ baru ni.

Beli kat shopee murah sikit. FREE SHIPPING. Boleh beli di SINI.

Gambar: Wan Zek

Sumber: Wan Zek melalui Ilham Media

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'