Siakap Keli

Kisah Pencatur Cilik, Umur Baru 10 Tahun Cipta Rekod, Berjaya Kalahkan Grandmaster

SCOTLAND- Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dari Scotland bukan sahaja pencatur biasa bahkan dia pernah mengalahkan seorang grandmaster catur.

Walaupun begitu, dia tidak pernah memberitahu kepada kawan-kawan di sekolahnya kerana tidak mahu bermegahan dengan pecapaiannya.

Frederick Waldhausen Gordon, mula bermain catur pada usia enam tahun. Dalam satu minggu, dia telah berjaya mengalahkan kedua ibubapanya yang merupakan doktor dalam bidang Matematik.

Oleh itu, ibubapanya menghantarnya ke Akademi Catur Edinburgh dan menegikuti latihan dua jam sehari selepas pulang dari sekolah. Pada hujung minggu pula, jam latihannya ditambah menjadi empat jam sehari.

Bagi menambah kemahirannya, dia akan menonton para pecatur kelas dunia bertanding di YouTube dan mempelajari pelbagai tip dari guru caturnya serta kawan ibubapanya.

Seterusnya, Freedy menjadi juara catur United Kingdom dibawah usia 10 tahun. Dia juga merupakan salah seorang murid yang mendapat markah tertinggi di Scotland. Kini dia menjadi pencatur top England dibawah usia 18 tahun.

Pada Mac lalu, Freedy telah mengalahkan grandmaster Bogdan Lalic dalam pertandingan English Chess Federation Prix Rapid event.

“Waktu itu saya sangat takut. Namun, saya berfikir bahawa apapun yang berlaku, ianya adalah satu pembelajaran dan itulah cara saya kurangkan stress,” ujar murid sekolah George Heriot itu.

Pertandingan itu berlangsung secara maya kerana pandemik.

Sumber: BBC Indonesia

Atiqah Aliah