Siakap Keli
Gambar: geology.com

40 Kilat ‘Menyerang’ Dunia Bagi Setiap Saat, Ini Antara Kawasan Yang Kerap Berlaku ‘Panahan’ Kilat

Tempoh musim panas dikatakan merupakan tempoh dalam setahun yang mengandungi lebih banyak awan perolakan cumulonimus terbentuk yang menghasilkan kilat, lapor portal at3w.com.

Hal ini disebabkan oleh matahari yang memanaskan kawasan gunung tertinggi geografi kita, yang juga paling dekat dengan aliran udara dingin. Jadi, akan berlakunya pemeluwapan dan pembentukan awan ini.

Menurut sumber, pelepasan awan ini yang mengakibatkan kilat menjadi salah satu penyebab utama kebakaran hutan terjadi. Bahkan kebakaran akan terbentuk beberapa hari selepas ribut akibat serangan kilat laten.

kebakaran akar (root fires) via at3w.com

Pembentukan ribut petir tidak dapat dielakkan. Namun, kita boleh memaksimumkan langkah penjagaan bagi mencegah daripada kesan kemusnahan akibat penggunaan sistem perlindungan. Ini terutamanya di kawasan yang sering mengalami cuaca ribut petir ini.

Jadi, kawasan manakah yang paling banyak diserang panahan kilat di negara Sepanyol dan seluruh dunia?

Di negara Sepanyol

Jelas portal, pada setiap tahun, lebih 1.3 juta kilat telah menyerang di Sepanyol. The State Meteorology Agency (AEMET) telah menyediakan data mengenai Peta Iklim Sepanyol (1981-2010) dan Eto (1996-2016) yang diterbitkan pada tahun 2018. Bagi mereka, tidak mustahil untuk memerhatikan purata hari ribut per tahun dari 1981 hingga 2010.

Menurut data yang ada, ribut petir paling banyak tertumpu di timur laut Sepanyol: Aragón, Cataluña dan Comunidad Valenciana. Tempat yang berpurata ribut lebih dari 30 hari setiap tahun adalah dikatakan di Pyrenees dan Pergunungan Iberia bahagian selatan.

Di seluruh dunia

Menurut data NASA yang dilaporkan portal, sekitar 40 kilat menyerang secara global setiap saat. Begitu juga dengan 2,000 ribut petir yang melanda serentak setiap hari di seluruh dunia. Kelihatannya kegiatan elektrik ini mempunyai corak yang tidak berubah. Berdasarkan dari jumlah ribut tahunan yang dicatatkan, kira-kira 1,200 ribut melanda kawasan gunung yang tertinggi dalam geografi kita.

Berkat data baru yang diperoleh dari gambar satelit beresolusi tinggi, baru-baru ini(2019) telah didapati bahawa Amerika Selatan menjadi tempat berlakunya jumlah petir yang lebih tinggi dan bukan di Mitumba (Afrika Tengah), seperti kepercayaan sebelumnya.

Walau bagaimanapun, menurut data yang diperoleh oleh Tropical Rainfall Measurement Mission (TRMM) NASA, terdapat 10 ranking kawasan yang ditemui paling banyak diserang kilat. Antaranya ialah:

  1. Maracaibo Lake, Venezuela
  2. Kahuzi-Biéga National Park, Democratic Republic of the Congo.
  3. Shabunda, Democratic Republic of the Congo
  4. Cáceres, Colombia
  5. Walikale, Democratic Republic of the Congo
  6. Daggar, Pakistán
  7. El Tarra, Colombia
  8. Nguti, Cameroon
  9. Butembo, Democratic Republic of the Congo
  10. Boende, Democratic Republic of the Congo
Tasik Maracaibo via geology.com

Walaupun Afrika telah kehilangan ‘ranking pertama’, namun negara ini masih menjadi salah satu benua yang mengalami banyak insiden disebabkan oleh serangan kilat.

Sumber: at3w.com

Nurul Nabila