Perkara itu disahkan oleh Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
“Puan Sri (Ainon Abdul Ghani) sudah pulang dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan kini berada di rumah mereka,” katanya.
Beliau turut menasihati pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita tidak benar itu supaya menghentikan perbuatan tersebut pada kadar segera.
“Mereka sepatutnya mendoakan kesembuhan Tan Sri Harussani yang kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital itu dan bukannya menyebarkan berita yang tidak menjaga sensitiviti keluarga Tan Sri,” katanya.
Sebelum ini, Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad yang juga memegang portfolio urusan agama Islam negeri dilaporkan berkata Harussani dan isteri disahkan positif COVID-19 sebelum Hari Raya Aidilfitri.
— BERNAMA