Siakap Keli

(Video) Baru Sebulan Berniaga, ‘Budak SPM’ Mampu Beli Kereta Honda Cash

Setiap orang mesti ada dream car masing-masing kan? Mungkin ada yang suka jenis mewah, ada pula yang lebih minat style sporty, macam-macam. Bergantung pada ‘citarasa’ masing-masing.

Seperti kisah yang tular di aplikasi Tiktok, seorang gadis berusia 17 tahun mampu membeli kereta idamannya selepas membuktikan bahawa budak sekolah juga mampu berjaya.

Tidak dinafikan apabila seseorang itu perlu rajin berusaha untuk berjaya dan kekayaan itu boleh diraih tidak mengira usia.

@shzkyle11

alhamdulillah umur 17 tahun dah dapat beli kereta honda civic cash . hasil sebulan berniaga . nak tak i share how dpt beli kereta @ayunieso24 #fyp

♬ bunyi asal – nrhaniy_ – nrhaniy_

Apa yang penting adalah nilai sentimental, keselesaan serta ‘pengalaman’ yang pernah dirasai ketika memandunya. Tapi kali ini, SK nak kongsikan dengan korang semua tentang kehebatan dan keselesaan Honda City RS.

Apa yang best tentang Honda City RS ni? Percaya tak kalau SK kata model Honda City RS ni ada ciri teknologi terbaru?

Nah, kami kongsikan beberapa fakta menarik tentang model ini untuk korang terbawa-bawa dalam mimpi…

1. Enjin 1.5L Sports i-MMD e:HEV

Kalau sebut je Honda, semestinya dikenali dengan enjin kereta yang hebat. Kemunculan Perdana 1.5L Sports i-MMD e:HEV powertrain yang outputnya setara dengan enjin 2.5L NA, pasti memukau ramai peminat Honda.

2. Honda SENSING

Seperti mana yang korang tahu, Honda SENSING pernah tersedia untuk model high-end seperti Accord, Odyssey dan CR-V, tetapi baru-baru ini disediakan untuk segmen C Civic.

Sekarang, Honda City segmen B juga disediakan dan dilengkapi dengan 7 teknologi keselamatan canggih, yang menjadikan Honda City kali ini sebagai ciri keselamatan paling lengkap di segmen B. Ia juga menggunakan kamera pandangan lebar depan untuk memberi amaran dan membantu pemandu jika ada bahaya yang akan terjadi.

3. Penghidup Enjin Kawalan Jauh

Teknologi yang digunakan oleh Honda Malaysia sememangnya sangat advance. Penghidup enjin kawalan jauh ini merupakan ciri-ciri khas untuk kereta segmen C namun kini telah tersedia pada kereta sedan segmen B buat kali pertama pada Honda City RS. Selain itu, ia juga membolehkan korang panaskan enjin dan menyejukkan ruang dalam kereta dari jauh. Best kan?

4. Honda LaneWatch

Selain itu, Honda City RS juga menampilkan ciri pertama yang terdapat dalam kelasnya, merangkumi kamera titik buta Honda LaneWatch yang sangat mantap. Ciri ini tidak diberikan pada mana-mana varian untuk mana-mana model sebelum ini.

Korang mesti tak sabar kan nak merasai ‘kelainan’ yang ditonjolkan dalam model ini kan?

Jadi, klik SINI untuk maklumat lanjut tentang promosi Honda City RS. Jom tukar sekarang.

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang