Siakap Keli

(Video) “Tengah Video Call..,” Seram, Gadis Dengar Suara Perempuan Menangis Dari Atas Rumah

Seram. Itu yang dapat digambarkan mengenai rakaman video suara seorang ‘wanita’ yang menangis teresak-esak di tingkat atas sebuah rumah sehingga membuatkan ramai warganet yang mendengarnya meremang.

Menerusi perkongsian oleh seorang gadis dikenali sebagai Ainul di laman Twitter, dia mendengar bunyi tangisan wanita itu di rumahnya ketika sedang melakukan panggilan video dengan rakan-rakan.

Malah, mereka yang berada di dalam video turut kedengaran panik apabila mengakui  mendengar bunyi suara tangisan yang sama.

Tengah video call ada suara macam ni..

Menurut gadis ini, dia mengalami gangguan sedemikian hampir setiap hari sehingga merasa takut untuk berada di dalam rumah. Suara tangisan tersebut dikatakan datang dari atas rumah dan berjaya dirakam melalui satu lagi rakaman video.

Inilah ‘suara’ dari atas rumah kami..

Kata Ainul, salah seorang jirannya turut mendengar dengan jelas bunyi tangisan yang sama. Tambah menyeramkan, jirannya itu juga berpesan supaya dia tidak melihat ke belakang rumah pada waktu malam kerana terdapat kehadiran makhluk lain yang berada di situ. Meremang!

Dah tak sanggup tanggung rasa takut, jiran pun pesan ”kalau malam jangan pandang belakang rumah”

Terima kasih lah yang cakap aku tipu. Aku pun harap tu satu penipuan je. Sebab sejujurnya aku tak sanggup nak tanggung rasa takut dan tak boleh tidur setiap malam. Emosi terganggu. Setiap kali dia bunyi, aku rasa nak mengamuk.

Jiran I pun memang tahu pasal benda ni. Semalam bila benda tu jadi, dia pun dengar. Jiran i pun pernah pesan : ”kalau malam-malam adik jangan pandang ke belakang rumah. Kenkadang ada nampak macam bebola api terbang turun dari bukit kat atas tu.”


Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet mengakui takut dan meremang apabila mendengar bunyi suara tangisan ‘wanita’ tersebut.

Sebilangannya meminta supaya gadis ini mendapatkan pertolongan daripada mereka yang lebih arif kerana memang terdapat kehadiran makluk lain yang cuba mengganggu gadis ini secara terang-terangan.

Kuatnya dia menangis, kalau aku dah join menangis sekali

Terang-terang dia kacau, kena minta tolong ustaz yang arif

Meremang aku Ya Allah..

Sumber: Twitter @AinulNunanaa

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.