Siakap Keli

“Hempedu Mak Dah Pecah, Keluar Nanah, ” Anak Sedih Mak ‘Pergi’ Depan Mata, Tak Dapat Pakai ‘Ventilator’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Luluh hati bila orang yang paling kita sayang pergi buat selamanya. Tiada kata yang dapat diungkapkan apatah lagi jika pemergiannya demi ‘menyelamatkan’ orang lain.

Seperti kisah penuh air mata ini yang dikongsikan oleh saudara Nazri Hashim di Twitter yang mendedahkan mengenai ibunya yang terpaksa ‘berkorban’ demi memberi ‘laluan’ kepada pesakit Covid-19 untuk menerima rawatan.

Ini berikutan situasi wabak Covid-19 yang semakin kritikal di negara ini ditambah dengan fasiliti yang terhad. Oleh itu, keutamaan kini diberikan kepada pesakit yang dijangkiti dan mereka yang mempunyai harapan yang tinggi untuk sembuh.

Malah, arwah ibunya, Raja Nahzar Hasnah Raja Mahmud yang menghidap penyakit batu karang juga terpaksa menunggu untuk menjalani pembedahan kerana jadual doktor yang penuh akibat musim pandemik.

Mak aku disahkan meninggal pada 19 MEI 2021.

Dan harini baru aku ada kekuatan untuk cerita. Korang tahu tak kat Malaysia sekarang pun dah start pilih pesakit mana yang mereka perlu selamatkan terlebih dahulu? Disebabkan kes covid terlampau banyak dan kurang tenaga kerja.

Mak aku ada batu karang disebabkan schedule doctor semua penuh kena tunggu lebih kurang sebulan.

Lepas sebulan mak aku menahan sakit, bawa pergi Emergency doctor cakap batu karang tu dah cucuk hempedu mak aku, dah pecah keluar nanah dan kuman dah masuk ke paru-paru.

Pernafasan mak aku sangat kritikal disebabkan jangkitan kuman dalam darah dan paru-paru. Doktor cakap tak boleh nak bagi machine pernafasan (ventilator) dekat mak aku macam pesakit COVID lain sebab machine tu sangat limited.

Mak aku pun tengah kritikal. Tapi disebabkan ward ICU semua dah penuh dengan pesakit COVID, machine dah tak cukup. And faktor umur mak aku yang dah berusia dan faktor dalaman mak aku.

Diorang tak dapat bagi machine ventilator tu. Sebab katanya mak aku memang dah tak ada harapan.

Doktor pun tak boleh nak lakukan procedure untuk buang nanah dalam hempedu mak aku. Disebabkan pernafasan mak aku tak berapa baik. So, diorang tunggu hari ke hari. Masuk kan antibiotik dengan harapan pernafasan mak aku menjadi baik supaya boleh teruskan dengan procedure tu.

Aku tengok mak aku guna oxygen yang hospital bagi, pam guna tangan sendiri secara manual bila terasa sesak nafas.

Doktor cakap dia tidak dapat bantu mak aku lebih lagi sekiranya mak aku dah start nazak sebab diorang tahu trend penyakit ni dengan condition mak aku, memang tak ada harapan.

Mak aku try fight lebih kurang 2 minggu guys. Aku cakap dengan mak aku.

“Mak kena kuat… tahan lah… sikit je lagi… pastu kita keluarkan nanah tu… Mak rindu cucu mak kan? Kalau nak jumpa, mak kena tahan sikit lagi. Mak kena kuat…”

Mak aku anggukkan kepala.

Masa doktor bagi tahu dekat aku yang mak aku dah tiada harapan. Dia panggil aku jauh sikit daripada mak aku. Lepas doktor dah explain everything dekat aku, speechless weh. Aku pergi dekat mak aku yang tengah terbaring.

Aku tengok je mata mak aku masa tu.

Kau rasa aku boleh cakap apa dekat mak aku bila doctor kata;

“Maaf encik, mak encik memang dah takda harapan…”

Baru je aku nak buka mulut. Air mata jatuh weh. Non stop. Tersedu aku kat situ. Mak aku? Sedikit pun tak nangis. Dia macam dah tahu. Mata dia berkelip tengok mata aku.

Doktor tak boleh nak buat apa-apa. Diorang cakap diorang cuba untuk tidak ketepikan pesakit normal macam mak aku. Again disebabkan faktor umur mak aku dan condition mak aku. Dia kata peluang agak tipis even guna machine pun.

Umpama sekarang ada dua orang tengah lemas. Kau boleh selamatkan sorang je, so kau kena decide siapa yang kau boleh selamatkan. So, sekarang ni keadaan di hospital sekarang dah berada di tahap dimana diorang kena pilih pesakit mana yang nak diselamatkan dulu.

Based on my own view. Antara pesakit normal dan covid. Sudah tentulah mereka utamakan pesakit covid.

Kalau kes kematian banyak, report akan sampai ke KKM. Bila report kematian COVID naik mendadak, diorang akan kena soal sebab report tu semua orang tengok everyday. Orang akan panik.

Kalau pesakit normal macam mak aku siapa nak tengok? Yang lebih utama adalah pesakit covid. Hari-hari update akan keluar pasal covid. Aku just nak bagi tahu yang COVID juga memberi kesan dekat pesakit-pesakit normal lain yang tengah kritikal yang juga masih memerlukan treatment.

Doktor pun tak cukup sekarang dekat hospital. Ramai dah kena transfer untuk jadi frontliner.

Untuk pesakit pesakit normal. Doctor yang nak treat diorang juga berkurang. Sehingga kena que panjang. Mak aku tak sempat nak buat treatment cepat sebab kuman dah merebak di seluruh badan.

Aku cerita kat sini aku nak bagi tahu keadaan Hospital di Malaysia sangat kritikal guys. Bukan sahaja pesakit covid, pesakit normal seperti mak aku juga terkesan sebab COVID ini.

Satu nasihat aku. Jangan tunggu jenis vaccine apa yang available. Jangan jadi anti-vaccine. Apa yang ada, kita amek dulu.

Keadaan di hospital kita sangat kritikal guys. Tolong daftarkan mak ayah korang untuk ambil vaccine juga.

“Aku sendiri tengok mak aku tak cukup nafas. Dan aku sendiri lihat bagaimana nafas itu terhenti. Sumpah perasaan sebak tu tak boleh nak imagine.”

Kat situ gak aku nangis and terus peluk mak aku yang tengah terbaring bila nafas dia terhenti. Kakak-kakak aku sampai tarik aku. Apa pun aku bersyukur mak aku negative covid. Dua kali check result.

Sekurang-kurangnya aku dapat jadi imam solat kan mak aku. Dapat teman mak aku naik van, mandikan, sampai lah kali terakhir aku masuk kan mak aku sendiri dalam liang lahad dan dapat lihat wajah mak aku tersenyum.

Ok lah itu sahaja perkongsian aku. Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk mak aku.

Kes kematian terlampau banyak sekarang sehingga kan ambulan pun tak cukup. Andai terjadi dekat keluarga korang, boleh hubungi abang chik. Perkhidmatan ambulance untuk bawa jenazah secara percuma.

Sumber: NazriH

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang