Siakap Keli

(Video) Seakan Uzur, Keadaan Sayu Kucing Berusia ‘104 Tahun’ Nikmati Cahaya Matahari Bikin Ramai Tersentuh

Sudah dianggap seperti keluarga sendiri, setiap orang pastinya mengharapkan agar haiwan kesayangan terus berada di sisi selama-lamanya. Pun begitu, jarang haiwan peliharaan seperti kucing yang mempunyai hayat yang panjang, ada di antara mereka yang tidak bertahan lama di dunia ini kerana sakit.

Satu keajaiban jika seekor kucing mampu bertahan selama berpuluh-puluh tahun tetapi ia sememangnya berlaku. Bagi anda yang mempunyai akaun TikTok, anda boleh mengikuti Reece Alexander-Putinas yang sering memuatnaik video kucing miliknya yang dipercayai berusia 22 tahun atau dalam usia kucing adalah sekitar 104 thun.

Dinamakan sebagai Lily, kucing yang lahir pada tahun 1999 itu dilihat masih lagi aktif walaupun fizikalnya sudah kelihatan begitu ‘uzur’.

Kerana keadaannya yang tersangat tua, kucing itu berjalan dalam keadaan yang tidak normal seperti kucing lain. Pun begitu, ia tetap ramah dan mesra dengan pemilikya, Reece.

@nuckfoodle

She really is a little sun baby 🥰🙈❤ #90slily #reeceputinas #cat #catsoftiktok #catdad #sunbath #furbaby

♬ original sound – Sarah Cothran

@nuckfoodle

The trust she has in me ❤ #90slily #catdad #reeceputinas #cute #cat #catsoftiktok #bond #22years #furbaby

♬ original sound – Reece Alexander-Putinas

Dalam satu video yang tular, Lily dilihat masih lagi mampu untuk melompat di atas sofa tanpa dibantu oleh pemiliknya. Ia juga dilihat sentiasa setia menunggu pemiliknya pulang ke rumah.

Sifatnya yang manja juga membuatkan ramai warganet tertarik dengannya sehingga video-video berkaitan dengannya mendapat hingga jutaan tontonan di TikTok.

@nuckfoodle

Unbelievable, My Girls Still Got It 🥰❤ #jump #cat #90slily #catsoftiktok #reeceputinas #catdad #cute #oldcat

♬ Can We Kiss Forever? – Kina

@nuckfoodle

Look how strong she still is ❤ #happy #cat #90slily #catsoftiktok #catdad #reeceputinas

♬ Worship Instrumental – Instrumental – Adrian Jonathan

Sumber: Nuckfoodle

Sofea

There's always another side to every story