Siakap Keli
Gambar: Google

“Ibu Boleh Mati, Bayi Boleh Gugur,” Jangan Ambil Mudah 12 Bahaya ‘HB Low’ Semasa Hamil, Ini Cara Nak Atasi

Kehamilan sememangnya merupakan detik bahagia bagi pasangan yang telah berkahwin terutamanya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Apa tidaknya, cahaya mata yang dilahirkan akan menjadi penyeri bagi sesebuah keluarga. Pun begitu, ada juga pasangan yang terpaksa menunggu lama untuk menimang cahaya mata malah ada yang masih belum dikurniakan zuriat walau telah berkahwin lebih 10 tahun.

Walau bagaimanapun, usaha dan ikhtiar perlulah diamalkan, mana lah tahu kalau tuhan akan kurniakan rezeki buat mereka yang sudah berkahwin. Apabila sudah disahkan hamil, pasangan suami isteri perlulah serius dalam memastikan bakal si ibu berada dalam keadaan yang baik. Perkara ini kerana, pelbagai perkara boleh berlaku ketika fasa kehamilan, antaranya ialah Anemia.

Gambar: Medical News Today

Menurut kajian yang diterbitkan oleh Pejabat Kesihatan Pontian pada 2012, Anemia semasa hamil adalah paras haemoglobin (Hb) kurang daripada 11g%. Lebih mudah difahami, Anemia ketika kehamilan boleh ditafsirkan sebagai ‘HB Low’ yang juga boleh mendatangkan pelbagai bahaya sama ada kepada bayi dan juga ibu yang mengandung.

Berdasarkan kajian tersebut, terdapat beberapa kompilaksi akibat anemia semasa hamil boleh berlaku ke atas ibu dan janin atau bayi itu sendiri. Antaranya ialah ‘ibu boleh mati dan bayi atau janin boleh gugur.’

Komplikasi ke atas ibu:

  1. Pendarahan antepartum
  2. Jangkitan- Septicaemia, septic shock (Kuman dalam darah)
  3. Kegagalan jantung
  4. Pendarahan postpartum (Pendarahan pasca persalinan)
  5. Acute pulmonary oedema (Pengumpulan cecair dalam alveoli paru-paru)
  6. Pulmonary embolism (Cebisan darah beku masuk ke peredaran darah peparu)
  7. Kematian ibu

Komplikasi ke atas janin dan bayi:

  1. Keguguran
  2. Kelahiran pra matang
  3. Intra Uterine Growth Retardation (Keadaan sebabkan bayi tidak berkembang sempurna di dalam kandungan)
  4. Kelahiran kurang berat badan
  5. Kematian bayi dalam kandungan

Kami kongsikan juga makanan yang boleh diambil oleh ibu hamil untuk mengatasi masalah ini seperti yang dikongsikan oleh portal Hello Doktor.

  1. Daging merah
  2. Hati ayam
  3. Kerang
  4. Pisang
  5. Delima
  6. Bayam
  7. Brokoli
  8. Kuning telur
  9. Kekacang
Gambar: Medical News Today

Susu kambing dengan khasiat kurma penuh kandungan zat besi

Antara lain yang diperkatakan, susu kambing juga dipercayai boleh mengatasi masalah anemia atau ‘Hb Low’ dalam kalangan ibu hamil. Mungkin, ada golongan sukar untuk mendapatkan susu kambing dengan kualiti yang sangat baik.

Namun, anda tidak perlu risaukannya kerana Wildan Susu Kambing telah menyediakan produk susu kambing yang sesuai untuk ibu hamil mengatasi masalah ‘HB Low’.

Susu Kambing Wildan yang dimaksudkan adalah minuman tambahan Wildan Mama Premium dan ianya telah menjadi ‘pilihan ibu-ibu hamil seluruh Malaysia atasi masalah HB Low’. Selain itu, Susu kambing Wildan juga turut diterapkan dengan khasiat kurma yang penuh kandungan zat besi untuk meningkatkan bacaan darah ketika hamil. Lagi menarik, masalah sembelit ketika hamil juga boleh diatasi.

Susu Kambing Wildan juga mempunyai khasiat gam arab dengan kandungan serat yang tinggi melalui sejenis prebiotic yang boleh menguatkan sistem daya ketahanan tubuh. Secara tidak langsung, ibu hamil boleh melindungi diri daripada penyakit yang boleh menganggu sistem pengedaran darah.

Antara yang lain pula ialah Habbatussauda yang mengandungi vitamin B yang akan membantu proses penghasilan sel darah dengan lebih efektif.

Seperti yang dinyatakan, kandungan yang terdapat dalam Susu Kambing Wildan sangat sesuai untuk para ibu hamil terutamanya untuk meningkatkan kadar HB dalam diri.

Biskut perisa coklat jadi pengganti susu kambing

Selain didatangkan dengan bentuk minuman, kini pihak Wildan juga memperkenalkan Kukiz Wildan yang turut mempunyai bahan susu kambing yang dapat membantu ketika fasa kehamilan. Yela kan, tak ramai boleh telan air susu tu. Betul tak?

Kukiz Wildan yang dipasarkan dengan perisa Chocochip With Almond telah diperbuat daripada pelbagai bahan-bahan Premium. Antaranya ialah Belgium Chocolate, Pure Butter (100% Pure), Almond dan yang paling penting sekali adalah Susu Wildan Original.

Sama sahaja seperti kebaikan yang terdapat pada Susu Kambing Wildan, Kukiz Wildan turut membawa peranan yang sama kepada ibu hamil kerana di dalamnya mempunyai kandungan Susu Wildan Original.

Jadi, untuk ibu hamil yang ingin mengatasi masalah HB Low, anda juga boleh mencuba minuman tambahan Susu Kambing Wildan dan juga Kukiz Wildan kerana kedua-duanya mempunyai khasiat yang sama.

Kredit: FB Kukiz Wildan

Menurut testimoni pengguna, memang boleh diakui bahawa minuman ini menunjukkan keberkesanan untuk ibu hamil mengatasi HB Low. Setelah mengetahuinya, anda juga perlulah mengambil tanggungjawab ini untuk memastikan minuman dan Kukiz ini sampai ke pengetahuan ibu hamil supaya dapat dimanfaatkan khasiatnya.

Gambar: FB Wildan Susu Kambing

Antara langkah yang boleh dilakukan adalah berdaftar untuk menjadi agen Susu Kambing Wildan di samping menyebarkan khasiat ini kepada lebih ramai orang. Bukan sekadar berkongsi, anda juga boleh membantu sambil menambah pendapatan tanpa perlu mengeluarkan modal dan tidak perlu menyimpan stok.

Jadi tunggu apa lagi, bagi yang berminat boleh layari laman INI dan bagi yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh layari laman FB Kukiz dan FB Susu Wildan.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa