Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan: Petugas Kesihatan dan petugas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melakukan proses pengebumian jenazah pesakit COVID-19 di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah - BERNAMA

Remaja 20 Tahun Tanpa Sejarah Penyakit Antara 63 Kes Kematian Covid-19 Hari Ini

Malaysia mencatatkan kes kematian harian tertinggi akibat jangkitan Covid-19 pada hari ini iaitu sebanyak 63 kes, berbanding 60 kes pada semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes kematian baharu itu menjadikan jumlah kumulatif korban akibat wabak berkenaan bertambah kepada 2,432 kes.

Daripada jumlah itu, sebanyak 63 kes kematian pada hari ini melibatkan 24 kes di Selangor, sembilan (9) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing lapan (8) kes di Johor dan Kedah, lima (5) kes di Perak, tiga (3) kes di Melaka, masing-masing dua (2) kes di Sarawak dan Negeri Sembilan, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah dan Pahang.

Mendukacitakan, satu-satunya remaja lelaki berusia 20 tahun tanpa sebarang sejarah penyakit turut maut. Mangsa dengan nombor kematian 2417, berasal dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh.

Berikut pula merupakan ringkasan kes kematian berkaitan COVID-19 yang dilaporkan hari ini.

Sumber: kpkesihatan.com

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.