Siakap Keli
Gambar Via Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew Tiba Di Mesir, Sedang Urus Pembelian Ubat-ubatan & Barang Keperluan Untuk Dihantar Ke Gaza Hari Ini

Tidak pernah lelah menabur bakti pada orang ramai, Ustaz Ebit Lew terus mempergiatkan misi bantuannya ke negara Palestin pula. Ia juga adalah susulan daripada pergolakan yang berlaku di Palestin pada bulan ramadan yang lalu yang menyaksikan ratusan rakyat di negara itu telah terkorban.

Menerusi perkongsian terbarunya di Facebook, Ustaz Ebit Lew dan pasukan kini sudah berada di Mesir untuk melaksanakan Misi Kemanusian Gaza. Menurutnya, pelbagai barangan perubatan dan keperluan yang lain akan diberikan kepada penduduk di Gaza nanti.

Terlebih dahulu, beliau disambut oleh Kedutaan Malaysia di Mesir dan dibantu untuk memudahkan urusan misi bantuan kemanusiannya. Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Syukur pada Allah sebaik sampai ke Mesir disambut baik oleh Kedutaan Malaysia di Mesir dan NGO UK terkenal yang membantu GAZA. Saya akan menguruskan dan membeli barang perubatan dan segala keperluan yang akan di hantar terus ke Gaza hari ini. Perlu melalui prosesnya di Mesir untuk melalui sempadan Rafah satu-satunya laluan terus ke Gaza.

Terharu sangat dengan sambutan kedutaan Malaysia disini. Mereka sangat membantu dan memudahkan urusan kami. Betapa Negara kita sangat sayangkan Palestin.

Terima kasih atas doa dari semua rakyat Malaysia. Terima kasih Dato’ Seri Hishammuddin dan wisma Putra yang menyokong dan mempermudahkan semuanya. Semoga Allah SWT merahmati usaha kita semua demi misi kemanusiaan ini.

Gambar Via Ebit Lew
Gambar Via Ebit Lew

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet yang mendoakan agar segala urusan Ustaz Ebit Lew disana  dipermudahkan.

Sumber: Ebit Lew

Sofea

There's always another side to every story