Siakap Keli

Bot Karam Di Laut Kuning, Pencarian Tujuh Anak Kapal Hilang Diteruskan

SHENYANG (China), 28 Mei – Pasukan penyelamat maritim China meneruskan pencarian tujuh anak kapal yang hilang daripada sebuah bot nelayan yang terbalik pada Selasa di perairan di timur laut wilayah Liaoning, China di Laut Kuning, kata pihak berkuasa maritim tempatan pada hari Jumaat.

Kerajaan Tempatan Donggang dan Pentadbiran Keselamatan Maritim Dandong telah menggerakkan anggota pasukan sosial dan pasukan penyelamat profesional dibantu bot peronda dan helikopter bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat, lapor Agensi Berita Xinhua.

Pasukan berkenaan telah menemukan bot tenggelam itu.

Angin kencang dan ombak tinggi menyebabkan air di kawasan pesisir keruh, sehingga menyukarkan operasi mencari dan menyelamat.

Bot nelayan itu dilesenkan untuk pengeluaran kerang di Donggang.

Pemilik bot itu menghubungi pihak berkuasa pada 8:10 pagi Selasa, memaklumkan bot yang membawa tujuh krew hilang pada jam 4:30 pagi, kata pentadbiran keselamatan maritim wilayah berkenaan.

— BERNAMA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang