Susulan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak sehingga melepasi angka 8 ribu pada hari ni, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengusulkan satu cadangan kepada pihak kerajaan.
Menerusi kenyataan ringkas yang dimuat naik di Facebook rasmi beliau sebentar tadi, Ismail berkata, langkah yang perlu diambil dalam situasi ini bukanlah satu jalan yang mudah tetapi merupakan keputusan yang terbaik bagi membendung penularan kes.
Namun begitu, beliau tidak memaklumkan secara terperinci mengenai cadangan yang dikemukan tersebut dan sekadar memberi bayangan kepada rakyat dengan tanda pagar Pak Long Mail Mendengar.
”Saya ambil maklum bilangan kes yang meningkat mendadak hari ini.
”Langkah yang perlu diambil dalam situasi begini bukanlah jalan paling mudah, tapi jalan yang terbaik untuk keselamatan kita bersama.
Saya dah bawa cadangan ini ke atas, doakan semoga ada sinar untuk semua,” katanya.
Sumber: FB Ismail Sabri Yaakob