Siakap Keli
Foto: Wan Luqman

Lebih 7 Ribu ‘Share’, Abam Ganu Ini Kongsi Resipi Mudah Manisan Arab Kunafa Penuh Keju

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sudah menjadi perkara biasa, orang Malaysia mencuba makanan daripada negara lain. Siapa yang suka juadah manis, mesti akan suka dengan manisan daripada Tanah Arab ini iaitu Kunafa.

Ya, Kunafa ini bukan sahaja manis, malah dilimpahi penuh dengan keju seperti mozarela dan ‘keju arab’  ditabur pula dengan kacang pistachio atau kacang cerdik.

Gambar Sekadar Hiasan

Sejak dua menjak ini, Kunafa seakan menjadi popular di laman media sosial. Manakan tidaknya, manisan ini bukan sahaja memnpunyai tekstur yang ranggup, malah isinya begitu gebu, lembut dan manis.

Jadi, kali ini SK ingin kongsikan dengan korang semua iaitu resipi mudah untuk membuat Kunafa ini daripada resipi Wan Luqman menerusi laman Facebooknya.

Ya, untuk resipi mudah ini sahaja, perkongsian Wan Luqman mendapat perhatian lebih daripada 7 ribu ‘share’. Menarik.

Assalam sis. Harini ambe nok share resepi Kanafeh / Kunafa. Sape hantu cheese, ambe gerenti mesti suke! Ambe pun try and error je tadi. Jadi pulakkk.

RESEPI KANAFEH / KUNAFAH

Walaupun ambe ni orang terengganu, tapi moyang ambe hok laki orang arab nikoh dengan orang cine dari tanah besor cina (hok ni aku dok plawok, ye sungguh). Gitulah…guane ambe buleh jadi melayu, pelik gop haha.

RESEPI

– Kunafa Pastri / Kataifeh
– Cream Cheese / Akkawi Cheese
– Susu 250ml
– Mozzarella Cheese Block 250gm (lebihkan pun takpe)
– Air Mawar, Lemon, Gula
– 200ml air
– Pistachio
– Butter yang telah dicairkan

Ni bahan-bahanya.

  • Kanafeh Pastri tu beli kat shopee je.
  • Air mawar beli di keda runcit aci / keda runcit india.
  • Ambe guna jugok cheese arab teama tu sebab sedap sangat cheese tu.
  • Complete kunafa ni kene ada anak rose…tapi benda tu mahal, lagipun bukang makan bunga rose tu. Jadi tak beli lah.

**Setiap gambar disertakan dengan cara pembuatannya.

Rupe bentuk dia macam bihun, tapi tekstur dia halus je macam karpet pun ade, bulu kucing pun ade. Tapi lembut halus mulus. Ambe beli kat shopee je.

Curahkan melted butter untuk bagi ade warne kuning sikit, gaul hingga rata.

Ambe test dulu. Masukkan kunafa pastry ni jangan tebal sangat ye…tekan bagi padat sikit.

Panaskan susu sekotak

Masukkan cream cheese. Ambe guna separuh dari 250gm cream cheese ni.

Ambe tambah lagi dengan cheese arab ni. Cheese teama ni memang sedapp…ambe guna dalam 4 ketul je. Kalau nak guna ni pun boleh…tak perlu dah guna cream cheese Tatura tu…

*original resepi guna akkawi cheese deh…dok gune cream cheese. Tapi ambe buat mane yang mudah je lah.

Kacau/pukul sehingga cheese cair

Masukkang mozzarella cheese. Awwohhh ambe terlupa ingat nak potong dulu tadi. Terus masuk seketul gini…

Sedapnyeee cheese ni! Nak buat ayam korea pun boleh jugak. Terus balut ayam dengan cheese ni. Hehe…

Lapisan pertama pastri, cheese, pastri lagi. Tekan mampat / padat sikit.

Panaskan oven dulu.

Didihkan air dan masukkan gule. Nok gune gula putih pun dakpe…boleh je.

Perah ½ biji lemon

Air mawar. Air mawar ni wangi tau…letak dalam bekas penyembur gosok baju, spraylah 1 rumah.

Tapi bila sebut air mawar, teringat pula ke alam barzakh. Selalu orang jirus air mawar ni atas kubur. Berat pulak berasa resepi harini main sampai ke kubur.

Siap dah…kite sendiri set nak manis mana ye. Tu yang best kalau buat sendiri.

Bakor pada suhu 180°c selama 10-15 minit.

Curah air gula…

Perasan tak pastry dalam tu tak berape garing? Haaa tak ape sebab kite test je dulu ni.

Ni lebihan pastry tadi. Jadi ambe try bakar sekejap bagi separa garing.

Kalau nak, boleh cheese tarik dari Kuale Berang ke Pulau Kapas, bubuhla mozzarella cheese 100%.

Macam mana dengan resipi di atas, menarik bukan? Jadi, korang boleh lah mencubanya sendiri di rumah, boleh makan ramai-ramai dengan keluarga.

 

Sumber: Wan Luqman

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang