Siakap Keli
Gambar: Metro.co.uk

Sudah Berbulan Siling Bocor Tidak Dibaiki, Keluarga Ini ‘Cuak’ Dapati Ada Sarang Ular ‘Atas Kepala’ Setiap Hari

Hidup dengan serangan tikus, lipas dan lebah sudah cukup sulit bagi Harry Pugliese sekeluarga. Bukan itu sahaja, apabila siling di rumah telah runtuh setelah berbulan-bulan bocor, bayangkan betapa ngerinya ketika mereka mendapati ular juga ‘bersarang’ di dalamnya.

**MUST EMBED, LINK BACK AND CREDIT ORIGINAL ARTICLE AND VIDEO https://newschannel9.com/news/local/snakes-alive-lafayette-man-shares-pics-of-rental-home-landlord-disputes-claims?utm_source=fark&utm_medium=website&utm_content=link&ICID=ref_fark*** House in Lafayette, Georgia is overrun with snakes in the roof and walls and bees at Harry and Susan Pugliese's rental home

Menurut portal Metro.co.uk, Harry mengatakan bahawa dia memaklumkan pada tuan rumahnya, mengenai bumbung yang bocor. Pada bulan Februari itu, Harry baru berpindah selama sebulan bersama isterinya, Susan dan anak tirinya yang berusia 13 tahun di Lafayette, Georgia, Amerika Syarikat.

Dia mengatakan tuan rumah tidak pernah datang untuk memperbaikinya. Beberapa bulan kemudian, siling rumah runtuh dan berlubang hingga mendedahkan empat ekor ular tikus yang ‘bersarang’ di dalamnya.

9621211 Forget snakes on a plane! Georgia man finds snakes in his ceiling, after months of complaining to his landlord about a leak from the roof

Jelas portal, pihak Animal Control memberitahu keluarga tersebut bahawa mereka perlukan izin dari tuan rumah untuk meruntuhkan atap dan membuang reptilia tersebut.

9621211 Forget snakes on a plane! Georgia man finds snakes in his ceiling, after months of complaining to his landlord about a leak from the roof

Namun, menurut Harry, tuan rumah ‘tidak mahu berbuat apa-apa’ walaupun keluarga itu sudah berurusan dengan sejumlah serangan haiwan lain. Lebih memburukkan lagi keadaan, tuan tanah telah memberikan notis pengusiran 1 minggu kepada Harry untuk keluar dari rumah tersebut.

Berlaku kekecohan dan dakwaan antara kedua-duanya, akhirnya keluarga itu merancang untuk tinggal bersama abang kepada Susan kerana tidak sanggup lagi tidur di rumah yang dipenuhi haiwan itu.

Jelas Harry, “Saya bermimpi seekor ular akan menimpa saya. Saya tidak boleh tidur. Saya tidak dapat tidur malam tadi kerana ular.” Nasib mereka baik kerana masih belum sempat disengat oleh lebah madu yang menyerang dinding mereka.

**MUST EMBED, LINK BACK AND CREDIT ORIGINAL ARTICLE AND VIDEO https://newschannel9.com/news/local/snakes-alive-lafayette-man-shares-pics-of-rental-home-landlord-disputes-claims?utm_source=fark&utm_medium=website&utm_content=link&ICID=ref_fark*** House in Lafayette, Georgia is overrun with snakes in the roof and walls and bees at Harry and Susan Pugliese's rental home

Sementara itu, ketika ditanya oleh WTVC sama ada tuan rumah sudah maklum mengenai kehadiran tikus, dia mengatakan bahawa dia ‘tidak pernah mendengarnya’.

Dia menambah: “Tetapi ada tikus di mana-mana, jadi saya pasti ada tikus di sana.”

Ketika ditanya mengenai lebah, tuan rumah berkata, “Saya tidak suka mengganggu lebah, kerana sukar untuk membesarkan lebah. Lebah semakin pupus dan itu adalah sarang yang kuat.”

Tuan rumah kemudiannya didakwa menutup telefon ketika ditanya oleh wartawan bila tempoh terakhir rumah itu diperiksa. Dia juga meletakkan telefon di DailyMail.com sebelum sempat mengatakan, “Saya rasa video itu jelas dan tidak perlu lagi sebarang penerangan.”

Sumber: Metro.co.uk

Nurul Nabila