Siakap Keli

(Video) Jerung Hiu Berukuran 17 kaki Timbul Di Permukaan Laut Atlantik

ATLANTIK- Seekor jerung hiu besar  berukuran 17 kaki dilaporkan mengelilingi kapal pelayaran yang dinaiki sekumpulan pelancong di Atlantik.

Pemilik akaun TikTok @alex.albrecht memuatnaik sebuah klip video dari atas yang menunjukkan perbezaan ikan itu dengan pelancong yang berada di kapal itu.

Rakaman tersebut menjadi viral dan mendapat lebih 30 juta tontonan sejak dimuatnaik pada 25 Mei lalu.

@.alex.albrecht

Sailed six weeks in the atlantic saw this big fucking shark

♬ original sound – Alex Albrecht

Ikan tersebut dilihat berenang secara perlahan dalam lingkaran namun dekat permukaan air. Para pelancong menjerit tetapi tetap mendekati ikan itu yang berada disisi kapal.

Selain itu, mereka turut merakam momen tersebut dengan telefon masing-masing. Tak kurang juga yang kagum melihat ikan itu.

Sumber: The Sun

Atiqah Aliah