Siakap Keli
Gambar: KKM

Belum Sampai Sebulan, 1,144 Kematian Disebabkan COVID-19 Telah Direkodkan – KKM

Negara menyaksikan peningkatan mendadak kes baru serta kematian akibat COVID-19 kebelakangan ini. Semalam sahaja, Malaysia mencatatkan 9,020 kes baru dan 98 kematian, angka tertinggi pernah direkodkan setakat ini.

Kementerian Kesihatan mendedahkan lebih 1,000 kematian berlaku dalam tempoh kurang satu bulan sahaja pada Mei ini berbanding 471 kematian pada tahun lalu.

“Sebanyak 471 kematian berlaku pada 2020 manakala 2,179 kematian dicatatkan dalam tempoh lima bulan pertama 2021.

“Dalam tempoh 1 hingga 29 Mei 2021 sahaja, sebanyak 1,144 kematian disebabkan COVID-19 telah direkodkan.”

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.