Ada masanya kita tersilap melihat sesuatu, bayangan mop boleh disalah sangka sebagai kepala orang, pakaian yang tergantung pada waktu malam boleh disangka penampakan jembalang.
Namun selepas beberapa saat pemerhatian, rupanya apa yang kita lihat jauh berbeza sekali daripada sangkaan. Mungkin inilah situasi dialami sebahagian penonton @acutedonkey apabila melihat sebuah video dikongsikan akaun tersebut di TikTok.
Menyangkakan seorang lelaki sedang memotong kaki manusia, ramai tertawa apabila menyedari hakikat sebenar bahawa lelaki itu rupanya sedang memotong kuku keldai yang panjang.
Malah, ada juga yang menyangka ia merupakan kek realistik yang dipotong tatkala melihat bahagian dalam ‘kaki’ tersebut.
Video itu telah mendapat lebih 4.4 juta tanda suka setakat ini.
@acutedonkey foot pedicure donkey donkeyoftiktok animal foryou fyp
Mulanya ingatkan kaki, kemudian kek realistik, kemudian kuda
Ingatkan dia potong kaki orang
Keldai: Kasut baru saya!
Sumber: @acutedonkey