Siakap Keli

‘Meletup’ & Jadi Bualan Ramai, Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Disambung 8 Episod Lagi

Menjadi fenomena di Malaysia pada ketika ini, drama Rindu Awak Separuh nyawa yang dilakonkan oleh Syukri Yahaya dan Uqasha Senrose akan disambung sebanyak lapan episod lagi.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh penulis novel dan penerbit drama itu, Siti Rosmizah menerusi Facebook miliknya sebentar tadi.

“Alhamdullillah atas sokongan semua, drama yang menjadi fenomena Rindu Awak Separuh Nyawa disambung 8 episod lagi,” katanya.

Siti Rosmizah juga sedar mengenai individu yang tidak bertanggungjawab yang telah menyiarkan ‘spoiler‘ yang memaparkan ‘pengakhiran’ kisah antara Nazril dan Maisara.

“Ramai juga spoiler yang tak bertanggungjawab masuk video tunjuk mereka akhirnya bahagia. Yakin ke? Segalanya akan dirungkai dalam 8 episod ini. Mungkin mereka bersatu, mungkin juga tidak,” katanya.

 

 

Drama yang ditayangkan menerusi slot Megadrama di Asro Ria dan diarahkan oleh Along Kamaludin itu sentiasa mendapat perhatian ramai dan sering trending di media sosial. Ia ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

Selain Uqasha dan Syukri, drama itu juga turut menampilkan Marsha Milan, Norreen, Aida Khalida, Fizo Omar, Fauzi Nawawi, Lisdawati dan ramai lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyokong sambungan episod tersebut dan tidak sabar untuk menantikan pengakhiran kisah di antara Nazril dan Maisara.

Sumber: Siti Rosmizah

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.