Siakap Keli
Gambar Via Google

Takut Dipenjara Gara-gara Tonton Drama Korea Seperti “Crash Landing On You”, 10,000 Pelajar Korea Utara Dilapor Serah Diri Pada Polis & Berharap Dapat Hukuman Ringan

Setiap tahun, drama-drama dari Korea Selatan akan mencetuskan fenomena bukan sahaja di negara itu tetapi di seluruh dunia juga. Dari genre romantik hingga ke aksi dan fantasi, ia sentiasa mendapat sambutan ramai.

Selain memaparkan plot yang unik dan hebat,  salah satu daya tarikan utamanya juga adalah barisan para pelakon yang cantik dan kacak.

Jika anda masih ingat, drama Crash Landing on You, Descendants of The Sun dan Goblin juga pernah menjadi fenomena di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Walaupun kesemua drama itu telah ditayangkan di banyak negara, tetapi ada satu negara yang pastinya tidak akan membenarkan ia ditayang atau ditonton oleh rakyatnya iaitu Korea Utara.

Untuk pengetahuan anda, seramai 10,000 orang pelajar di negara itu dilaporkan telah menyerahkan diri kepada pihak berkuasa kerana telah menonton drama dan filem dari Korea Selatan seperti Crash Landing On You yang disebutkan di atas

Mereka juga dipercayai telah menyerahkan sebanyak 5,000 DVD kepada pihak berkuasa.

Menurut sumber media tempatan, mereka dianggap telah menonton kandungan yang dilarang.

Kandungan yang dilarang itu bermaksud sebarang kandungan drama, filem, buku dan gambar dari Korea Selatan.

Jika ditangkap menonton dan mempunyai semua kandungan tersebut, hukuman 15 tahun penjara mungkin akan dikenakan terhadap mereka. Tidak cuma itu, mereka juga boleh dipenjara selama 2 tahun jika bercakap dialek bahasa Korea Selatan.

Disebabkan takut ‘kantoi’ dan ditangkap, pelajar-pelajar diilaporkan telah menyerahkan diri dengan harapan untuk mengubah hukuman mereka.

Sumber: Kompas.com

Sofea

There's always another side to every story