Siakap Keli
Gambar Via Soompi

Pelakon Popular Korea Selatan, Kim Bo Kyung Meninggal Dunia

Pelakon Korea Selatan, Kim Bo Kyung dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 44 tahun.

Mendiang dilaporkan meninggal dunia pada 1 Februari lalu disebabkan kanser yang dihidapinya sejak 11 tahun lalu, lapor Soompi.

Sepanjang karier seninya, Kim Bo Kyung popular dengan filem ‘Friend’ pada tahun 2001.

Dia juga pernah muncul dalam ‘RU Ready’, ‘Sword in the Moon’, ‘My Little Bride’ dan ‘Blue Sky’.

Tidak cuma itu, mendiang juga dikenali menerusi drama ‘School 4’, ‘Invitation’ dan ‘Behind the White Tower’.

Sumber: Soompi

Sofea

There's always another side to every story