Siakap Keli
Gambar: @shanazqistina via tiktok

(Video) Mudah Terpengaruh, Mula-mula Tengok Je, Sekali Kucing Ni ‘Join’ Goyang Kepala Ikut Rentak Muzik

Apabila melihat telatah kucing yang sungguh comel di depan mata mahupun di rakaman video, pasti akan mencuit hati kita yang melihatnya.

Ada kucing yang pandai menari kerana meniru aksi manusia yang ditunjukkan padanya, ada juga yang hanya mengikut rentak muzik dengan goyangan kepalanya sahaja.

Begitu juga dengan perkongsian rakaman video kucing oleh @shannazqistina menerusi ruangan Tiktok ini. Video tersebut telah menarik perhatian netizen yang berasa lucu dengan aksi kucing tersebut.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih 2.5 juta ‘like‘ dan 94 juta ‘share‘ oleh pengguna Tiktok. Ikuti videonya di bawah.

Menerusi video di bawah, pada mulanya kucing itu hanya menonton rakaman video tersebut. Namun setelah beberapa ketika, kucing comel itu mengikuti rentak sambil goyangkan kepalanya.

Rakaman itu telah meraih perhatian ramai apabila tontonannya telah mencecah sehingga 26.2 juta.

@shanazqistina

#catsoftiktok #catfunny #catlover #britishlonghaircat #fyp

♬ sonido original – Rafa y Rocío

Sumber: Tiktok @shanazqistina

Nurul Nabila