Siakap Keli

(Video) Ayam Ini Hasilkan Telur Saiz Luar Biasa, Bila Dibelah Isinya Sangat Mengejutkan

Siapa yang ada bela ayam kat rumah, mesti pernah jumpa macam-macam kejadian pelik kan? Salah satunya yang selalu terjadi adalah telur ayam.

Pernah terjadi kes ‘menakjubkan’ apabila ada telur ayam yang ‘kosong’, pendek kata mungkin tak jadi. Ada juga terjadi kes dua butir telur ayam yang saling melekat dan macam-macam lagilah.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok memuat naik video ‘eksperimen’ unik bila mana dia mendapati ayamnya mengeluarkan sebutir telur dengan saiz yang agak besar dari kebiasaan.

Saiz telur itu dikatakan hampir sekali ganda berbanding telur ayam biasa, manakala beratnya pula mencapai sehingga 150 gram.

Wanita ini cuba membelah telur tersebut untuk mengetahui apa yang ‘ada’ di dalamnya. Telur pun dibelah, tapi apa yang terkeluar selepas itu sangat mengejutkan.

Jom ikuti video di bawah ini.

@megss__b

just ✨farm things✨ 😂🤪

♬ original sound – meg 🌻

Kejadian normal, orang lain pun pernah dapat?

Video tersebut telah ditonton sebanyak 26.6 juta kali setakat ini. Rata-rata netizen sangat teruja dengan telur ‘unik’ berkenaan. Dalam masa sama, ada juga yang berkongsi bahawa mereka pun pernah dapat keadaan telur yang hampir serupa.

Netizen ini berkata, datuknya sendiri pernah dapat telur yang serupa.

Ada pula yang mendakwa pernah dapat dua biji telur kuning dalam satu telur yang sama.

Malah ada yang berpendapat, ini mungkin dua ekor ayam kembar yang berlainan telur. Mungkin juga?

Sumber: TikTok

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'