Siakap Keli

(Video) Boleh Tampung Lebih 3 Juta Jemaah, Ini Kos Pembinaan Masjidil Haram, Projek Pembangunan Termahal Di Dunia Yang Ramai Tak Tahu

Setiap negara mempunyai bangunan atau mercu tanda tersendiri yang dianggap sebagai lambang kebanggaan dan kemodenan. Ia juga menjadi salah satu daya tarikan bagi para pelancong untuk melawat negara tersebut.

Bila bercakap mengenai kos pembuatannya pula, sudah tentulah ia menelan belanja yang sangat banyak. Pasti ada yang tertanya-tanya mengenai bangunan yang termahal di dunia ini.

Apa tunggu lagi, mari kita tengok lima bangunan yang termahal di dunia. Anda pasti terkejut kerana Burj Khalifa di Dubai tidak termasuk di dalam senarai ini.

1. Masjidil Haram

Gambar Via Mr.Luxury

Seperti yang diketahui, Masjidil Haram menjadi lokasi penting bagi umat Islam kerana sejarah dan peranannya. Dengan keluasan 400,800 meter persegi, ia merupakan masjid yang terbesar di dunia dan merangkumi ruang luaran dan dalaman yang luas untuk bersolat.

Kos pembinaannya dilaporkan bernilai USD 100 bilion (lebih RM412 bilion) dan ia cukup mahal untuk mendahului dalam senarai sepuluh bangunan termahal.

Gambar Via Cold War

Juga menjadi lokasi bagi menjalani ibadah umrah dan haji, Masjidil Haram boleh memuatkan sehingga lebih dari tiga juta jemaah dalam satu-satu masa.

Sesuai dengan peredaran waktu, proses ubahsuai dan perluasan yang berterusan juga menjadikan kosnya sangat mahal. Moga nanti kita dimurahkan rezeki dan berpeluang untuk menjejakkan kaki di tanah suci ini.

2. Abraj Al-Bait

Gambar Via Google

Juga terletak di Mekah, Abraj Al-Bait atau lebih dikenali sebagai menara jam merupakan bangunan yang sangat unik. Tujuan utama hotel pencakar langit ini dibina adalah untuk memberi keselesaan kepada jemaah dan ‘memodenkan’ bandar.

Dibuka secara rasmi pada tahun 2012, kos pembinaannya menelan belanja sebanyak USD 15 bilion (lebih RM61 bilion).

Gambar Via TMW

Bangunan itu juga mempunyai pusat beli-belah lima tingkat yang menampung sekitar 4,000 kedai, ruang solat dengan 10,000 jemaah Pusat Pemerhatian Lunar dan muzium Seni Islam.

Ia juga melatari pemandangan di Masjidil Haram dan menjadi menara jam yang paling di dunia.

3. Marina Bay Sands, Singapura

Gambar Via TMW

Terlihat sangat mewah, Marina Bay Sands dilaporkan bernilai sehingga USD 6.33 bilion (lebih RM26 bilion). Ia menjadi destinasi hiburan utama bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup mewah.

Resort bersepadu itu lebih dikenali dengan kepelbagaian tarikan dan kemudahan yang meriah. Tidak seperti bangunan lain, Marina Bay Sands menggabungkan perniagaan dan percutian menjadi satu destinasi.

Gambar Via Google

Ia dilengkapi dengan tiga menara hotel mewah 55 tingkat dengan  ‘taman langit’ yang berbentuk perahu di atasnya. Antara kemudahan yang terdapat di situ adalah pusat konvensyen, peruncitan, Muzium dan plaza acara.

4. Apple Park, AS

Gambar Via TMW

Bagi yang tidak tahu, Apple Park merupakan ibu pejabat bagi syarikat Apple yang terletak Cupertino, California. Dengan kawasan seluas 175 ekar dan bangunan seluas 2.8 juta kaki persegi, ia dikatakan sebagai bangunan yang paling mempunyai tenaga yang efisien di bumi.

Menariknya, bangunan Apple Park berbentuk bulat seperti cincin. Secara keseluruhannya, ia dianggarkan bernilai sebanyak USD 5.3 bilion (lebih RM21 bilion).

Gambar Via Pinterest

Bangunan itu dijadikan sebagai simbol dari dedikasi Apple untuk merancang masa depan teknologi dan tenaga hijau di dunia ini. Ia menjadi tempat kerja yang ideal untuk kreativiti, kesejahteraan dan inovasi yang berterusan.

Lebih-lebih lagi, terciptanya bangunan itu adalah hasil dari idea salah seorang pengasas Apple, Steve Job.

Kerana ‘penampilan’ bangunan yang sebegitu, ia juga disebut sebagai Spaceship.

5. The Cosmopolitan, Las Vegas

Gambar Via TMW

Dibina pada tahun 2009, The Cosmopolitan dianggarkan bernilai USD 4.10 bilion (lebih RM16 bilion) dan cukup terkenal dengan gaya dan barnya yang cantik dan mewah.

Hotel bertema seni itu merangkumi dua menara bertingkat tinggi yang tingginya sehingga 184 meter dan mempunyai lebih dari 3,000 bilik hotel. Tempat peranginan kasino ini dimiliki oleh Blackstone Group.

Gambar Via Google

Ia juga menempatkan kasino, ruang kedai dan restoran, spa dan kemudahan kecergasan, teater yang memuatkan 3,200 tempat duduk dan ruang mesyuarat serta konvensyen.

The Cosmopolitan juga pernah dinobat sebagai hotel terbaik di dunia pada tahun 2013.

Sumber: Mr.luxury, The Pinnacle List, TMW, GQ India

Sofea

There's always another side to every story