Siakap Keli

DIY Baja Dari Yakult Dan Telur, Tips Mudah Supaya Pokok Subur Dan Berbuah Lebat

Ramai nampaknya dah menjadikan berkebun sebagai hobi. Tambah pula di waktu PKP ini, masa terluang harus diisi dengan sebaiknya. Walaupun tanah anda hanya sekangkang kera, tapi jika diusahakan akan membawa hasil tuaian yang berbaloi.

Bagi mereka yang baru nak berjinak dalam mengusahakan tanaman, mari kami kongsikan petua atau tips untuk mendapatkan pokok yang subur dan berbuah lebat oleh seorang warganet menerusi Group Facebook Berkebun Untuk Beginner.

Caranya, hanya dengan membuat sendiri baja menggunakan tiga bahan mudah. Hasil tanaman anda bukan sahaja terhindar dari sebarang bahan bertoksik dan kimia tetapi lebih berkesan dengan harga yang jauh lebih murah. Selamat mencuba!

Cara buat baja yakult + telur + gula melaka untuk pokok subur dan berbuah lebat..

Cairkan 1 gula melaka dengan 200mL air (sejukan selepas cair).

1 botol yakult + 2biji telur ayam (kalau nak buat banyak gandakan je, macam dalam gambar saya buat 4 botol yakult + 8 biji telur ayam).

Gaul yakult bersama dengan 2 biji telur.. selepas sebati masukan ke dalam botol mineral.. masukkan air gula melaka tadi.. tutup rapat-rapat dan goncang..

Selepas tu simpan di tempat gelap yang sejuk, jangan terkena cahaya matahari.. peram selama 7 hari..

Cara guna untuk spray pada pucuk, daun dan batang pokok..

1 penutup = 1 liter air (elok air hujan, sungai, perigi), kalau tak ada.. air paip yang dah didedahkan pada cahaya matahari selama 1 hari..

Untuk siraman 3 penutup untuk 10 liter air… yang balance baja tadi masukkan ke dalam peti ais..

P/S : SILA BUKA PENUTUP BOTOL 1 HARI 2 KALI UNTUK ELAK DARI BOTOL MELETUP… share jika bermanfaat..

Sumber: FB Sifu Hoho via Berkebun Untuk Beginner

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.