Siakap Keli
Gambar: Outlook India

Gara-gara Terima Lamaran Orang Lain, Wanita Ditikam Suaminya Dipercayai Kerana Cemburu

Seorang lelaki berusia 46 tahun di Luwu Utara, Indonesia nekad menikam isterinya sendiri dipercayai kerana cemburu, lapor portal Kumparan.

Ketua Polis Baebunta, Iptu Rodo Manik, berkata bahawa peristiwa kejadian itu bermula ketika suspek terdengar bahawa isterinya telah dilamar oleh orang lain.

Suspek dan mangsa difahamkan telah berkahwin sejak tahun 1997. Kedua-dua mereka dilaporkan mempunyai masalah rumah tangga pada 2019, namun telah merujuk kembali pada Mei 2021.

“Selepas rombongan pelamar pulang, suspek yang baru tiba dari Palopo telah bertindak masuk melalui pintu dapur dan kemudiannya terus ke biliknya dengan membawa sebilah pisau. Suspek kemudiannya telah menikam isterinya pada bahagian pinggang kiri sebanyak satu kali,” ujar Rodo.

Akibatnya, mangsa mengalami luka tikaman sedalam 2.5 sentimeter dan segera dikejarkan ke klinik Desa Muktitama. Dia kemudiannya terus dirujuk ke Hospital Andi Djemma Masamba untuk rawatan lanjut.

“Suspek bersama barang bukti telah berjaya ditahan di Balai Polis Baebunta untuk proses hukuman,” ujar Rodo.

Sumber: Kumparan

Aqmal Ezany

I write what is right