Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menziarahi pusara isterinya, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin di Threads, ucapan itu disampaikan ketika Tun Mahathir bertemu dengan orang ramai yang datang menziarahi pusara isterinya.
“Terima kasih kepada semua yang hadir ziarah kubur Hasmah,” katanya ringkas.
Beliau juga dilihat menerima sampul surat daripada seorang pengunjung.
Sementara itu, Radzi turut menyeru orang ramai agar terus mendoakan kesihatan bekas Perdana Menteri berkenaan.
“Sama-sama kita doakan semoga Tun terus kuat dan diberikan kesihatan yang baik,” katanya.
Untuk rekod, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninggal dunia pada 28 September lalu di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 100 tahun.
Jenazah Allahyarhamah kemudiannya selamat disemadikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya pada hari sama dengan penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara.
