Siakap Keli

(Video) Duduk Tingkat Atas Pun Tak Selamat, Cuak Tengok Ular ‘Panjat’ Dinding Apartmen

 

Dalam keadaan cuaca yang panas pada ketika ini, setiap orang perlu berwaspada terhadap haiwan-haiwan yang berbahaya seperti ular terutama bagi rumah landed.

Sebagai langkah berjaga, anda seharusnya sentiasa membersihkan kawasan rumah agar reptilia itu tidak datang ‘menyinggah’.

Sama juga bagi yang tinggal di rumah bertingkat atau apartmen, kebiasaannya pemilik di rumah yang paling bawah merupakan golongan yang berisiko.

Pun begitu, nampaknya penghuni di tingkat atas juga perlu berhati-hati selepas ini kerana ular mungkin boleh ‘memanjat’ sampai ke tingkat atas.

Beberapa hari lalu, tular satu video yang memaparkan seekor ular sedang ‘memanjat’ dinding di sebuah apartmen. Tidak dapat dipastikan di mana lokasi apartmen tersebut tetapi aksi ular hitam yang besar itu membuatkan rata-rata warganet ‘cuak’.

@dhmdfr

ini apa raju #tiktokmalaysia

♬ ММММММММММММММММММММММММММММММММММММММММММММММММММ – 🥵KAMAL.VINE🥵

Menjengah ke ruangan komen, ada yang berdebar kerana takut ular itu masuk melalui tingkap. Tidak kurang juga, ada yang berseloroh dan mengatakan bahawa ular itu sebenarnya ingin menjadi cicak.

Sumber: dhmdfr

Sofea

There's always another side to every story