Siakap Keli
Kredit: TikTok @drwanshare

“Siapa Cakap Putus Cinta Tak Boleh Sebabkan Kematian?” Doktor Jelaskan Apa Itu ‘Broken Heart Syndrome’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap daripada kita mesti pernah melalui pelbagai fasa dalam hidup. Pengalaman yang dilalui daripada fasa-fasa ini lah yang mendewasakan kita. Fasa putus cinta juga tak terkecuali.

Patah hati bila putus cinta ni bukan biasa-biasa penangan dia. Kadang-kadang sampai makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basahlah melayan hati yang galau tu.

Mungkin bagi sesetengah orang, patah hati ni hanya perkara remeh yang biasa dihadapi kebanyakan orang. Jadi, bila ada kawan yang patah hati sebab putus cinta, mula la disakatnya kawan tu.

Tahu tak sebenarnya putus cinta ni pun boleh menyebabkan penyakit. Takotsubo cardiomyopathy atau broken heart syndrome merupakan penyakit jantung yang tak kurang bahayanya. Malah penyakit ini juga boleh menyebabkan kematian.

Video yang diunggah oleh Dr Wan melalui akaun TikTok @drwanshare ini menerangkan tentang bahaya penyakit broken heart syndrome yang turut dikenali dengan sindrom patah hati. Video ini mendapat 107.1 ribu tontonan dan 15.5 ribu sukaan setakat ini.

@drwanshare

Reply to @mareelicious Are you sure?🤨…#dr1share

♬ original sound – DR1 SHARE – DR1 SHARE

Lepas ni kalau ada kawan putus cinta, jangan lupa bagi kata-kata semangat ye!

Sumber: TikTok @drwanshare

Eyla Azri