Siakap Keli

Mungkin Punca Anda Sering Batuk & Selsema, Ini Cara Nak Cegah Kulat Di Dinding Rumah

Bila bercakap tentang dinding rumah, mesti ada yang berpengalaman ‘ngeri’ apabila dinding rumah dipenuhi dengan kulat. Tambah-tambah lagi di ruang tamu memang sakit mata memandang.

Tetapi, korang tahu tak sebenarnya kulat di dinding rumah ini menyebabkan kita tidak sihat dan sering batuk dan selesema? Ya, ikuti penjelasan daripada Public Health Malaysia berkaitan cara mencegah pembiakan kulat dan cara membersihkan kulat di persekitaran rumah terutamanya ditempat yang selalu kita berkumpul di rumah.

Dah duduk dalam rumah semasa lockdown pun masih batuk? Lihatlah di siling dan dinding pejabat atau rumah anda. Ada nampak tompok tompok hitam berdebu yang berkumpul?

Ya, itu adalah KULAT.

Kulat di dinding dan siling biasanya berlaku akibat persekitaran yang lembab akibat kebocoran bangunan atau sistem pengudaraan yang tidak lancar.
Bukan sekadar kulat, sebenarnya ia mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan.

Spora halus yang di bebaskan oleh kulat ini boleh di sedut masuk ke paru paru dan menyebabkan iritasi dan radang kepada saluran pernafasan. Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.

Sekiranya tidak di bersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru paru terjejas dan mengkibatka masalah kronik seperti astma.

Bagi yang sememangnya menghidap astma atau lelah, mereka akan mengalami gejala yang lebih kerap dan serius.

Tanda tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.

Bolehkah kulat ini di cegah?

  • Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembab dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.
  • Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah.
    Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur.

Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertimbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut.

Jika bahan berfabrik di tumbuhi kulat dan sukar untuk di bersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.

 

Sumber: Public Health Malaysia

Korang boleh guna alat ni untuk hilangkan kulat pada dinding rumah

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang