Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Ini Panduan Untuk Semak Dan Muat Turun Slip Keputusan SPM Esok

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 boleh disemak mulai esok (10 Jun) bermula jam 10 pagi.

Keputusan bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pula akan diumumkan pada minggu hadapan dan akan dimaklumkan oleh KPM dari semasa ke semasa.

Cara semakan keputusan SPM 2020

Bagi mendapatkan keputusan SPM, setiap calon boleh menyemak menggunakan dua kaedah seperti di bawah:

1) Secara dalam talian di pautan myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh.

2) Semakan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan SPM 2020 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>NoAngkaGiliran dan hantar ke 68886. Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai jam 10 pagi esok (10 Jun) sehingga jam 6 petang, 17 Jun ini.

Nota: Bagi pelajar yang tidak mempunyai capaian internet atau mempunyai masalah mengakses pautan, anda boleh menghubungi pihak sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi bagi mendapatkan keputusan SPM.

Cara Muat Turun Slip Keputusan SPM 2020

Bagi calon dan ibu bapa yang ingin memuat turun slip keputusan SPM, anda boleh mendapatkan slip keputusan awal dan penuh melalui pautan berikut.

1) Slip keputusan awal boleh dimuat turun pada 10 Jun 2021 melalui pautan myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my.

2) Slip Keputusan Penuh hanya boleh dimuat turun mulai 14 Jun 2021 di laman web myresult3.moe.gov.my

Bagi calon STAM, sijil/pernyataan/keratan keputusan akan dicetak oleh BPM. Setelah itu, pihak JPN/PPD akan menguruskan penghantaran secara pos ke sekolah/calon.

Cara buat semakan semula keputusan SPM 2020

Bagi calon yang ingin menyemak semula keputusan SPM mereka, anda boleh membuat rayuan untuk menyemak semula keputusan berdasarkan kaedah berikut dengan bayaran RM100 bagi setiap mata pelajaran.

1) Layari laman web e-Lembaga Peperiksaan di elp.moe.gov.my

2) Pilih Menu Perkhidmatan

3) Pilih tab > Semak Semula

4) Tekan butang Pilih Semak Semula SPM’

Biasanya anda boleh membuat semak semula keputusan SPM dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan SPM 2020.

Tarikh buka permohonan akan dimaklumkan oleh KPM dari semasa ke semasa. Manakala, permohonan semakan semula untuk calon STAM adalah secara manual dan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Sumber: Kementerian Pengajian Malaysia (KPM)

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.