Siakap Keli

Pecah Rekod Dunia, Wanita Lahirkan Bayi Kembar 10, Timang 7 Bayi Lelaki & 3 Perempuan

Seorang wanita di Afrika Selatan memecah rekod dunia apabila dilapor melahirkan bayi kembar 10, memetik laporan Anadolu Agency.

Gosiame Thamara Sithole, 37 tahun, melahirkan bayi kembar 7 lelaki dan 3 perempuan melalui pembedahan di sebuah hospital di Pretoria, Johannesburg.

Menurut suaminya, mereka sebelum sudahpun mempunyai bayi kembar yang berusia 6 tahun.

Mengikut laporan berita tempatan, wanita berkenaan pada awalnya dijangka akan melahirkan bayi kembar 8, setelah imbasan terhadap kandungannya dibuat sebelum ini gagal mengesan kehadiran 2 lagi bayi tersebut.

”Saya sangat terkejut dan ia sangat sukar diawal kehamilan. Namun kini, saya semakin biasa. Saya sudah tidak merasa sakit, namun ia masih bukan satu hal yang mudah. Semoga Tuhan mempermudahkan urusan saya,” kata Sithole dalam satu laporan sebelum ini.

Sumber: Anadolu Agency

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.