Bersatu teguh bercerai roboh. Kerbau pun boleh takutkan singa yang ingin membahamnya jika mereka bersatu dalam kumpulan.
Melalui perkongsian seorang jurugambar Norway, Olav Thokle, 54, seekor singa jantan dilihat memanjat pokok bagi melarikan diri dari sekumpulan kerbau.
Kompilasi gambar detik-detik kejadian di Masai Mara, Kenya itu telah dikongsikan semula oleh laman Daily Mail baru-baru ini.
Kisahnya, singa berkenaan sedang berburu dan cuba menyerang hendap sekumpulan kerbau untuk dijadikan santapannya.
Bagaimanapun, menyedari diri mereka dihampiri, kumpulan kerbau tersebut telah berpatah balik dan mengejar si pemangsa, memaksa haiwan itu untuk melarikan diri.
Melihat sebatang pokok di tengah padang, sang singa kemudiannya memanjat pokok tersebut demi berlindung dari kawanan kerbau.
Malah, kongsi jurugambar di lokasi ketika itu, singa berkenaan terpaksa duduk di atas pokok hampir sejam lamanya.
“Tiba-tiba kerbau sedar kehadiran singa. Ia (singa) ternampak sebatang pokok di tengah savana dan memanjatnya demi menyelamatkan diri daripada kerbau. Ia duduk di atas pokok untuk kira-kira sejam, sebelum kumpulan kerbau meninggalkan tempat itu,” kata Olav.






Sumber: Daily Mail
BACA: Baru Tahu, Rupanya Ada Kedai Makanan Melayu Di Tokyo
BACA: Anda Boleh Dapat Bekalan Runcit Percuma Selama 6 Bulan, Ini Caranya