Siakap Keli
Gambar Via Tribun News

(Video) Didapati Bersalah Miliki Dadah, Kisah Freddy Budiman, Sempat Khatam Al-quran 7 Kali Menjelang 2 Hari Sebelum Jalani Hukuman Mati

Mungkin ada yang beranggapan bahawa jika seseorang sudah dimasukkan ke penjara, ia merupakan satu ‘pengakhiran’ hidup. Pun begitu, penjara dan hukuman yang diberikan ke atas mereka sebenarnya membuka satu lembaran baharu ke arah yang lebih baik.

Sama juga bagi pesalah yang dihukum mati, mereka sebenarnya diberikan peluang untuk bertaubat dan menginsafi diri. Jika ditelusuri, kisah-kisah ‘banduan akhir’ ini boleh menjadi pengajaran kepada sesiapa sahaja.

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang memaparkan kisah mengenai seorang banduan di Indonesia yang telah dihukum mati kerana didapati bersalah memiliki 1.4 juta dadah jenis ecstasy.

Dikenali sebagai Freddy Budiman, kesnya menjadi liputan yang meluas di Indonesia pada sekitar tahun 2013.

Gambar Via Tribun News

Allahyarham telah dihukum mati di Lembaga Pemasyarakatan Nukambangan, Cilacap, Jawa Tengah pada 29 Julai 2016.

Apa yang menarik perhatian adalah mengenai kisahnya beberapa hari sebelum dihukum mati.

Menurut perkongsian seorang tenaga pengajar di penjara yang menempatkan Freddy iaitu Ustaz Fatih, Freddy dikatakan telah khatam Al-quran sebanyak tujuh kali dalam sehari dan menjelang dua hari sebelum dihukum mati.

Bukan itu sahaja, dia juga meminta agar kain hitam yang akan menutup mukanya ketika hukuman mati dibuka agar dia dapat ‘melihat dosa-dosanya’.

Tidak cuma itu, melalui perkongsian anaknya, Fikri, pada bulan Mac yang lalu, mereka sekeluarga sempat makan dan solat Isyak jemaah bersama sebelum Freddy dihukum mati.

“Sebelum solat Maghrib, petugas ada datang memberitahu bahawa waktu untuk kami berjumpa sudah habis tetapi papa meminta untuk dilanjutkan waktu sehingga ke solat Isyak.

“Solat Isyak itu diimamkan oleh papa, habis solat dia berdoa. Aku memeluk papa dan menangis setelah selasai solat itu,” cerita Fikri mengenai saat-saat terakhir bersama bapanya lima tahun yang lalu.

Kisahnya sentiasa menjadi bualan di Indonesia kerana Allahyarham menunjukkan tauladan dan memberikan pengajaran buat yang masih hidup di dunia ini.

@semongko602

#fyp #foryou #viral #berita

♬ original sound – Madinaaudioquran – Madinaaudioquran

Sumber: Semongko602, Tribun News, Sahijab

Sofea

There's always another side to every story