Siakap Keli

“Eh Gopal, Masa Kau Gosok Gigi Tadi..,” Video Baru Boboiboy Kali Ni Bikin Ramai ‘Buka Mata’

Bila cakap tentang Boboiboy, mesti ramai yang ternanti-nantikan apa yang bakal diceritakan dalam animasi popular tersebut. Tapi, kecoh tentang satu video Boboiboy baru-baru ni di mana Gopal kena marah sebab gosok gigi je sampai ramai yang tertanya-tanya sebab apa.

Sekali tengok macam tak ada apa-apa yang lain, dua ke tiga kali tengok terus rasa melekat dekat kepala. Mana tak nya, tanpa kita sedar segelintir daripada kita kadang-kadang tak prihatin dengan alam sekitar.

Sempena Hari Alam Sekitar yang telah berlangsung pada 5 Jun baru-baru ni, apalah salahnya kita menyumbang kepada alam sekitar, mulakan dengan sekecil-kecil tindakan, salah satunya adalah penggunaan air.

Air ni merupakan satu sumber yang amat penting dalam kehidupan seharian kita. Selain dijadikan bahan minuman, air juga diperlukan untuk aktiviti harian seperti membasuh baju, mandi, basuh pinggan mangkuk, basuh kereta dan macam-macam lagi.

Tapi, korang juga perlu tahu bahawa kita ni kadangkala tak sedar bahawa kita dah melakukan pembaziran air dalam aktiviti harian kita. Ditambah pulak bila ramai yang kena work from home disebabkan keadaan sekarang, lagi banyak la pembaziran air yang boleh berlaku.

Dah alang-alang seluruh dunia nak sambut Hari Alam Sekitar, korang pun sebenarnya boleh turut serta dalam sambutan tu walaupun di rumah je dengan hanya menjimatkan air.

Berikut adalah tiga tips mudah untuk korang menjimatkan air ketika di rumah:

1. Jangan Mandi Terlalu Lama

  • Memang tak dinafikan, ada segelintir dari korang yang suka mandi dalam masa yang lama. Kalau kata 1 jam, 1 jam la korang dalam bilik air tu. Tapi untuk jimatkan air, apa kata lepas ini korang kurangkan masa mandi di bilik air. Cuba kurangkan kepada 5-10 minit sahaja dan tutup pancuran air semasa bersabun atau mencuci rambut dengan syampu. Berdasarkan Centers for Disease Control and Prevention (CDC), hanya 8 minit masa yang digalakkan untuk mandi. Mandi lebih dari 15 minit adalah 1 rutin yang tidak sihat.

2. Jangan Biarkan Air Paip Mengalir Semasa Membasuh Pinggan

  • Lepas makan, mesti kena basuh pinggan kan? Tapi kena guna teknik yang betul. Jangan biarkan air dari paip mengalir tanpa henti masa korang membasuh pinggan. Sebaliknya sediakan satu besen atau baldi berisi air. Nak kata jimat pun jimat, mudah pun mudah.

3. Pastikan Basuh Baju Dalam Muatan Penuh

  • Ada sesetengah orang, suka basuh baju dengan kerap walaupun 2-3 helai je. Sebenarnya, korang boleh je meletakkan baju kotor tu di tempat khas dahulu sehingga penuh muatan mesin basuh korang dan basuh apabila sudah penuh. Jangan lakukan jika hanya ada beberapa helai baju kotor je. Ambil tempoh 3 hari sekali untuk basuh baju korang untuk elakkan pembaziran air.

Panjang lebar kita cerita pasal air, kita berbalik kepada isu si Boboiboy ni. Apa kena dengan video tu? Marah betul dia dengan Gopal pasal isu pembaziran air. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi, jom tonton video penuh di YouTube Air Selangor yang korang boleh tengok kat sini.

Adib Mohd