Siakap Keli

SPM 2020: Pencapaian Calon Luar Bandar Lebih Tinggi Berbanding Calon Di Bandar

Pencapaian calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 antara calon bandar dan di luar bandar mencatatkan peningkatan dengan jurang pencapaian yang lebih mengecil kepada 0.38 pada tahun 2020 berbanding 0.44 pada tahun 2019.

Namun begitu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pencapaian calon di luar bandar menunjukkan peningkatan lebih tinggi berbanding calon di bandar iaitu 5.06 pada tahun 2020 berbading 5.14 pada tahun 2019.

”Namun peningkatan calon luar bandar adalah lebih tinggi dari peningkatan pencapaian calon di bandar, sekali lagi saya ingatkan lebih rendah nilai itu menunjukkan bahawa pencapaiannya adalah lebih baik.

”5.14 untuk calon luar bandar pada tahun lepas 2019, 5.06 untuk calon luar bandar pada tahun 2020,” katanya dalam sidang media hari ini.

Berdasarkan graf di atas, pencapaian calon luar bandar bagi SPM 2020 adalah 5.06 manakala bandar adalah 4.68 dengan jurang pencapaian antara kedua-dua lokasi mengecil kepada 0.38 pada 2020 berbanding tahun sebelumnya iaitu 0.44.

Seramai 401,105 calon menduduki peperiksaan SPM 2020 melibatkan sesi pertama pada 22 Februari sehingga 25 Mac 2021.

Manakala, sesi kedua melibatkan seramai 2,969 calon yang dikuarantin dan disahkan positif Covid-19 pada 6 April sehingga 23 April 2021.

Setiap calon sekolah dan persendirian boleh memperoleh keputusan pada hari ini bermula jam 10 pagi dengan menyemak melalui dua kaedah termasuk menerusi pautan myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh.

Kedua, semakan keputusan SPM 2020 juga boleh dilakukan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>NoAngkaGiliran dan hantar ke 68886. Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai jam 10 pagi hari ini sehingga jam 6 petang, 17 Jun.

Sumber: Sidang Media Kementerian Pendidikan Malaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.