Siakap Keli

Lelaki Tergamak Rogol Nenek 71 Tahun, Mangsa Tak Mampu Melawan Kerana Terlantar Akibat Strok

Seorang lelaki tergamak merogol seorang nenek berusia 71 tahun dalam satu kejadian di Sulawesi Utara, Indonesia, baru-baru ini.

Insiden menjijikkan itu berlaku di rumah mangsa di Daerah Bolaang Mongondow Utara, pada kira-kira 10 malam waktu tempatan.

Menurut keterangan mangsa, suspek yang berusia pertengahan umur dikenali sebagai HS itu pada awalnya berjaya memecah masuk ke rumah mangsa melalui pintu belakang.

Apabila menyedari kehadiran lelaki itu, mangsa bertanya siapakah gerangan suspek dan tujuan suspek datang ke rumah namun tidak dijawab.

Lantas suspek tersebut bertindak kejam merogolnya. Lebih malang lagi, mangsa tidak mampu melawan langsung kerana terlantar akibat serangan strok.

Selesai ‘diratah’ dengan kejam, suspek pantas meninggalkan mangsa. Kes berkenaan mendapat perhatian orang kampung sebelum laporan polis dibuat.

Selepas 10 hari diburu polis, akhirnya suspek berkenaan berjaya ditahan dan disiasat untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Tribun News

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'