Setiap orang pasti mengimpikan untuk mendapatkan berat badan yang ideal, tetapi ‘perjalanan’ yang perlu dilalui demi mencapainya bukan mudah.
Disiplin dan konsistensi yang tinggi perlu ada dalam diri, selain mengelak daripada melakukan ‘pantang larang’ yang boleh menjadi penyebab korang susah untuk turunkan berat badan.
Mungkin selama ini ramai yang menganggap bahawa makan berlebihan menjadi satu-satunya punca utama peningkatan berat badan, tetapi sebenarnya ada beberapa sebab.
Menerusi perkongsian Public Health Malaysia, terdapat lapan faktor lain yang menyebabkan berat badan semakin naik. Ikuti perkongsian di bawah ini.
Kenapa berat badan makin naik?
- Waktu makan tidak teratur
- Kerap ambil air manis
- Makan nasi kuah ‘banjir’
- Tidak ambil sarapan pagi
- Kurang aktiviti fizikal
- Tidak makan sayur dan buah
- Mudah terpengaruh dengan makanan dan minuman viral yang tidak siap
- Tidak cukup tidur
Ditambah lagi dengan bekerja dari rumah, sememangnya diakui bukan mudah untuk menjaga berat badan. Namun, dengan semangat yang kuat, anda pasti boleh mengubahnya. Semoga bermanfaat.
Sumber: Public Health Malaysia