Siakap Keli

(Video) “Biasanya Orang Pilih Tiga Ni,” Ini Kombinasi Sos & Daging Sedap Kena “Try” Masa Nak “Order” Subway

Sebelum ini, SK telah berkongsikan mengenai tips untuk korang yang tidak tahu memilih sayur fresh cut di Subway. Tetapi, bagaimana pula dengan bahan-bahan yang lain seperti sos dan daging? Mesti ada juga yang keliru nak pilih yang mana kan?

Jangan risau, kali ini anda akan mengetahui mengenai kombinasi sos serta daging yang sedap.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Apeehhh di TikTok, korang boleh memilih kombinasi sos cheese, thousand island dan sweet onion. Tetapi, terserah pada korang kerana boleh juga mencuba gabungan sos yang lain.

@apeehhh

yang mana yg tanya combination 3 sos antaranya ni laa … mohlaa try

♬ Dhoor Penddi – Mortifero Guiira 🔥

Bagi yang ingin mengetahui mengenai daging pula, menurut Apeehhh, terdapat tiga jenis daging yang boleh dipilih iaitu steak and cheese, roasted chicken dan spicy italian.

Tiga jenis daging tersebut kebiasaannya selalu menjadi pilihan ramai. Bagi korang yang ingin tahu lagi mengenai tips membeli roti di Subway, anda boleh mengikuti Apeehhh di laman TikTok.

@apeehhh

Reply to @aunisn daging semua sedap tapi selalu org amik spicy italian dgn steak n cheese to #recommended

♬ original sound – budaksubway – budaksubway

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet juga berkongsi mengenai sos dan daging kegemaran mereka.

Sumber: Apeehhh

"