Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) “Sayur Takde ‘Limit’ Kecuali..,” Pekerja Subway Kongsi Tips Pilih Sayur “Fresh Cut” Untuk Yang Belum Tahu

Sofea

Restoran makanan segera sememangnya sentiasa mendapat perhatian ramai tetapi terkadang pasti ada juga sesetengah orang yang tidak tahu cara untuk memesan makanan tersebut. Manakan tidak, ada makanan segera yang mempunyai bahan-bahan tertentu yang perlu dipilih sendiri.

Bagi yang tidak biasa, saat-saat untuk memesan makanan itu pasti akan menjadi saat yang ‘mendebarkan’. Dengan orang ramai lagi, ia boleh menimbulkan keresahan.

Keadaan tersebut mungkin berlaku semasa hendak membeli Subway. Seperti yang diketahui, bahan-bahan yang ‘digandingkan’ bersama roti perlu dipilih sendiri oleh pembeli. Mungkin masih ada yang keliru untuk memilih di bahagian sayur-sayuran.

Disebabkan itu, pengguna TikTok, @apeehhh yang juga seorang pekerja di Subway ada menerangkan mengenai sayur-sayuran yang boleh dipilih oleh anda. Ikuti perkongsian videonya di bawah ini.

Dalam satu video lain, dia juga ada menjelaskan bahawa semua sayur boleh dipilih kecuali avocado, chopped mushroom dan sweet corn. Tiga bahan itu perlu di add-on.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berterima kasih dengan perkongsian video tersebut yang sangat membantu mereka.

Sumber: apeehhh