Siakap Keli

(Video) Lain Dari Yang Lain, Pusat Hiburan Ini Hias Dinding Guna Wang Kertas, Jadi Perhatian Ramai

FLORIDA- Sebuah restoran terkenal di Florida menggunakan wang tunai bernilai dua juta dolar sebagai hiasan.

Pemilik McGuire’s Irish Pub, Martin McGuire telah melancarkan restoran itu pada tahun 1977 bersama isterinya Molly.

Pada mulanya, Molly menerima tip pertama ($1) dan menulis tarikh pada duit tersebut sebagai tanda ingatan dan sejak itu mereka melakukan tradisi tersebut.

“Ia seluas 15,000 kaki persegi dan terdapat beberapa keping dolar disetiap siling dan dinding,” kata pemilik baru, William.

“Kami menghitung setiap tahun dan kami membayar cukai menggunakan duit tersebut,” tambah William saat diwawancara oleh Chicago Tribune pada 1999.

McGuire menganggarkan hiasan uniknya itu terdiri sekitar $175,000 (RM720,738). Namun bertambah dan pub tersebut telah mempunyai hiasan hampir dua juta dolar (lapan juta ringgit).

Disebabkan itu, banyak kejadian seperti kecurian berlaku. Salah satunya, seorang pekerja mereka pernah didenda setelah didakwa mengambil kira-kira $5,000 (RM 20,593).

Namun, pemilik bertindak menandakan wang dengan warna hitam atau melubangkan supaya pencuri tidak dapat menggunakannya.

Sumber: Oddity Central

Atiqah Aliah