Siakap Keli
Gambar: @BawangPutih

(Video) Mungkin Ramai Belum Tahu, Gadis Dedah Ini Antara Air “Best Seller” Dekat Tealive, Wajib Cuba

Pasti ramai diantara kita yang menyukai air yang terdapat di kedai Tealive.

Sampaikan setiap kali datang je kedai tu, dah tahu dah air apa yang nak di order sebab tak pernah nak terfikir rasa air perisa lain.

Kadang-kadang tu ada juga yang dah sampai je dekat kaunter, kelam-kabut fikir sebab tak tahu nak order air apa.

Kepada korang yang banyak kali rasa macam ni, ni ada satu air Tealive yang korang boleh try.

Dalam satu video yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok ini, air yang boleh korang try ni nama dia ialah “Milk Choc Shaka Lava”.

Pada penggemar coklat tu, air ni sangat sesuai dengan korang sebab coklat yang diorang letak tu banyak. Dalam video tu, korang boleh tengok sendiri cara diorang buat air tu.

Satu senduk penuh coklat cair diorang letak. So, sekarang dah ada idea nak order air kan. Pergilah serbu Tealive berhampiran rumah korang sekarang!

@bawangputihhhhh

Try la yang mana takot nak try tu yang ni comfem korang suka😋😋 #tealive #food #malaysian #tealivemalaysia #chocolatelover

♬ Mabuk Lagi (Remix) – syhhafiq

Sumber: @BawangPutih

Aqmal Ezany

I write what is right