Pasti ramai diantara kita yang pernah perasan terdapat lantai berlubang yang terbina di dalam kebanyakan rumah-rumah tradisional melayu terutamanya di kampung.
Lantai yang berlubang itu pastinya menimbulkan persoalan dalam diri kita bukan? Apakah fungsi lubang itu? Kenapa tiba-tiba ada lantai berlubang yang seakan-akan longkang di dalam rumah ni?
Menurut seorang pengguna TikTok bernama Taqiuddin Tabarani ini, sebenarnya lantai yang berlubang itu dibina bertujuan untuk memudahkan pengurusan jenazah.
Sekiranya penghuni rumah tersebut meninggal dunia, di tempat lubang itu dibinalah ianya akan digunakan untuk menguruskan jenazahnya.
Menurutnya, falsafah orang melayu adalah “Rumah ialah perjalanan hidup kita”. Justeru daripada itu, di rumah yang kita habiskan masa seumur hidup itu jugalah tempat yang kita akan gunakan sebelum kita pergi buat selamanya di dunia ini.
@abgtanjakkacak Rumah dan kehidupan Orang Melayu . Tinggi falsafah Melayu !
Sumber: Taqiuddin Tabarani