Siakap Keli

(Video) Tular Lelaki Temui Arca ‘Misteri’ Seakan-akan Manusia Sedang Bertapa Dalam Laut Cetuskan Tanda Tanya, Rupa-rupanya…

Penemuan demi penemuan, penggunaan Google Earth dan Google Maps terkadang akan menghasilkan carian yang tidak terjangka dan tidak pernah dilihat sebelum ini.

Tidak cuma itu, sesetengah lokasi yang ditemui juga menimbulkan pelbagai persoalan dan misterinya yang tersendiri dalam kalangan warganet.

Seperti video di TikTok ini yang memaparkan satu lokasi misteri yang dikesan melalui penggunaan Google Earth. Menerusi video itu, beberapa arca telah dikesan di dalam sebuah laut.

Tidak dinyatakan di laut mana, ia menjadi persoalan kerana arca tersebut berbentuk seperti manusia. Arca itu ‘berdiri’ tegak dalam keadaan berkelompok.

Are they dead?

@hidden.on.google.earth

are they dead ?? #hiddenongoogleearth #googleearth #streetview #googlemaps #viral #funny #scary #creepy

♬ Ameno hatsune miku – ˈnēɡəs

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tertanya-tanya mengenai penemuan tersebut dan tidak menyangka bahawa Google Earth boleh mengesan sesuatu yang berada di bawah laut.

Pun begitu, persoalan tersebut akhirnya terjawab apabila ada beberapa orang warganet yang mengesahkan bahawa ia sebenarnya merupakan patung  yang terdapat di sebuah muzium dalam laut di Mexico.

Bagaimanapun menurut salah satu komen yang ditinggalkan, video berkenaan berkemungkinan disunting dan digabungkan dengan gambar arca muzium laut berkenaan.

Muzium dalam laut Cancun

Gambar Via Trip.com

Bagi korang yang belum tahu, Cancun Underwater Museum atau pada asalnya dikenali sebagai Museo Subacuático de Arte (MUSA) telah dibuka secara rasmi kepada orang ramai sejak November 2010 lagi.

Menurut Trip.com, muzium tersebut menyambut hampir 750,000 kedatangan pelancong setiap tahun.

‘Keajaiban yang tersembunyi’ ini terletak di antara pulau Cancun dan Isla Mujeres di pesisir pantai Mexico.

Gambar Via Trip.com

Hampir 500 patung terdapat di bawah laut

Patung yang diletakkan di dalam laut itu adalah idea yang difikirkan oleh  Pengarah Taman Laut Nasional Cancun, Jaime Gonzalez, yang ingin memelihara terumbu karang yang terganggu disebabkan oleh kumpulan penyelam di laut itu.

Gambar Via Trip.com

Jaime telah membawa pengukir dari Britain, Jason De Caires Taylor dan sekumpulan seniman Mexico di atas kapal untuk mencipta patung. Hasil kerjasama itu, hampir 500 patung dengan konkrit berlabuh ke dasar laut.

Muzium itu mempunyai tiga galeri seperti itu yang menampilkan pelbagai tema yang mencerminkan nuansa halus masyarakat nelayan.

Gambar Via Trip.com

Idea untuk mengekalkan keseimbangan yang sangat diperlukan antara alam dan manusia diperkuatkan melalui patung-patung manusia yang bersendirian.

Muzium itu dijangka akan berkembang dengan 10 lagi galeri lain yang menempatkan hampir 1200 patung dan koleksi yang menakjubkan.

Sumber: Hidden On Google Earth, Trip.com

Sofea

There's always another side to every story