Siakap Keli

‘Sukan Hebat, Belajar Power’, Pelumba Malaysian CubPrix Ammer Dhiyaulhaq Cemerlang SPM 9A

Pepatah pernah mengatakan, kalau badan sihat, otak pasti cerdas. Badan sihat bermaksud seseorang itu sangat menjaga kesihatan, di samping aktif dalam aktiviti fizikal seperti bersukan.

Itulah perumpamaan yang sesuai diberikan kepada pelumba CubPrix negara, adik Ammer Dhiyaulhaq apabila dia berjaya merangkul keputusan cemerlang dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2020 iaitu sebanyak 9A.

Untuk rekod, Ammer sebelum ini pernah beraksi di litar sebagai pelumba Malaysian CubPrix 2021 kategori Yamaha Petronas Super Series (YPSS).

Gambar: Sepang Circuit

Lihatlah sijil SPM nya di bawah ini. Daripada subjek Bahasa Melayu sampailah ke Biologi, semua dia tapau ‘A’ dalam tangan.

Masakan tidak, pelumba remaja ini bersekolah di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Teluk Intan, Perak. Sudah tentulah subjek Sains Tulen tu ibarat kacang saja baginya kan!

Gambar: Sepang Circuit
Gambar: Sepang Circuit
Gambar: Sepang Circuit

Inilah yang dikatakan, bersukan hebat, belajar pun hebat. Ammer berjaya membuktikan bahawa kesibukan bersukan bukanlah alasan untuk tidak fokus dalam pembelajaran.

Tahniah Ammer!

Sumber: Sepang Circuit

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'