Siakap Keli
Foto: Twitter

“Thank You For Memories,” Lee Kwang Soo Akhirnya ‘Berpisah’ Dengan Running Man Selepas 11 Tahun

Sebuah sedutan episod akhir Running Man bersama Lee Kwang Soo tular hari ini di laman sosial mengundang sebak warganet.

Ramai yang sebak apabila bintang kegemaran Running Man itu terpaksa meninggalkan program realiti yang dibintanginya sejak 11 tahun lalu kerana masalah kesihatan yang dialaminya selepas terlibat dalam kemalangan pada tahun lalu.

Hari ini, #RunningMan trending nombor satu di laman Twitter.

Dalam episod terakhir tersebut bukan sahaja Kwang Soo, malah Song Ji Hyo, Kim Jong Kook, HaHa, Jae Suk, Suk Jin, So Min dan Se Chan turut kelihatan sedih.

Disebabkan itu, warganet meluahkan rasa sebak dan sedih melihat keakraban pasukan tersebut yang bakal kehilangan salah seorang anggotanya.

“Zaman remaja saya sangat seronok disebabkan kamu dan program realiti ini…”

“Terima kasih Kwang Soo untuk 11 tahun ni…”

“semoga sentiasa sihat…”

“You can stop running anda walk now…”

 

Sumber: Twitter

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang